Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#TMSMY4: Tekaan Angah & Nabila Huda Mengena! Kak Cat Rupa-Rupanya Soo Wincci

Firdaus
17/12/2023 18:06 MYT
The Masked Singer musim ke-4 telah membuka tirai programnya dengan persembahan 14 orang peserta.
Membawa lagu, Pelukan Angkasa oleh SOG dan Shila Amzah, minggu pertama menyaksikan peserta Soo Wincci dalam kostum Kak Cat tersingkir.

Sebelum topeng dibuka, para juri meneka individu di sebalik maskot Kak Cat adalah:

Erra Fazira - Syamimia

Aznil - Syamimia

Sherry - Sharifah Shahirah

Angah - Soo Wincci

Zizan - Marsha Milan

Elly Mazlein - Marsha Milan

Michael Ang - Marsha Milan

Rozita Che Wan - Marsha Milan

Nabila Huda - Soo Wincci

PILIHAN PEMBACA: The Masked Singer 4: 15 Maskot Bertanding, Pertama Kali Format Live, Semak Juga Barisan Juri…

Selain itu, peserta Cili Padi dan Abang Jagung turut tersenarai dalam tangga tiga terbawah buat minggu pertama.

Minggu hadapan bakal menyaksikan 14 lagi maskot berentap dalam TMSM4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Ikan Emas, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Putera Katak, Pom Pom Kin, Bawang Putih, Cili Padi dan Abang Jagung.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.


Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
#The Masked Singer 4 #TMSMY4