Skip to main content

Selebriti

Tular Lelaki Ketuai Sesi Merisik, Imran Ajmain Minta Orang Ramai Henti Kecam & Beri Peluang - "Nak Order Minuman Pun Kena..."

WhatsApp Image 2026 05 01 at 12.24.39 PM (2)
Advertisement

Penyanyi, Imran Ajmain tampil mempertahankan lelaki yang tular di media sosial kerana mengetuai sesi merisik di rumah bakal mertua.

Menerusi perkongsian di Threads, Imran berpendapat bahawa tindakan lelaki tersebut tidak wajar dikecam, malah ia bukan perkara yang mudah untuk bertutur dengan nada seyakin itu terutama di hadapan keluarga bakal mertua.

Advertisement

"Tak patut kutuk brader yang beri ucapan semasa merisik/meminang itu. Ya, pilihan kata-kata dia mungkin tak berapa cemerlang. 

"Namun, saya tak rasa lelaki melayu biasa boleh seyakin itu untuk berkata-kata depan keluarga bakal mertua tanpa gugup gagap," tulisnya.

Dalam masa sama, Imran turut berkata bahawa setiap manusia perlu diberi ruang dan peluang terutamanya jika ia adalah pengalaman kali pertama dalam melakukan sesuatu perkara.

"Nak order minum dekat kaunter pun, walaupun dah beratus kali beli, ramai kena tulis dulu dalam telefon.

"Berilah peluang. Semua orang akan ada kali pertama buat sesuatu," ujarnya.

Terdahulu, seorang lelaki tular di media sosial kerana mengetuai sesi merisik yang didakwa kurang sesuai kerana kebiasaannya dilakukan oleh wakil keluarga.

Bukan itu sahaja, cara percakapan individu tersebut turut ditegur ramai kerana dianggap kurang sopan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement