Skip to main content

Tular Video Gigi Veneer Tercabut Ketika Sesi Perkenalan Diri, Ini Penjelasan Peserta Ratu Cantik Thailand - “Malam Sebelum Itu…”

Astro Gempak 316

Sekilas

  • Kamolwan Changgo, peserta Miss Grand Thailand 2026, jelaskan veneer giginya tercabut di pentas gara-gara rosak malam sebelum pertandingan.
  • Walaupun insiden itu memalukan, dia kekal tenang dan profesional sambil meneruskan persembahan dengan gigi palsu.
  • Malam kemuncak Miss Grand Thailand 2026 akan berlangsung pada 28 Mac di Bangkok, dengan pemenang mewakili Thailand ke Miss Grand International 2026 di India.

Peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand Thailand 2026, Kamolwan Changgo tampil menjelaskan situasi sebenar selepas video insiden gigi veneernya tercabut ketika berada di atas pentas pada sesi pertandingan tersebut tular di media sosial.

Menurutnya, masalah itu berpunca daripada veneer giginya yang rosak pada malam sebelum pertandingan.

“Semua ini tentang gigi saya yang tercabut. Malam sebelum itu veneer saya rosak, jadi saya pakai gigi palsu untuk menutupinya.

“Ia tidaklah serius. Ramai mungkin fikir saya tak sepatutnya memakainya, tapi bagi saya ini perkara kecil.

“Tukar krisis menjadi peluang. Terima kasih kepada semua yang risau. Saya okey,” katanya.

fdbf

Terdahulu, insiden tersebut berlaku ketika Kamolwan sedang memperkenalkan diri di pentas pertandingan di Thailandsebelum gigi palsunya tiba-tiba tercabut.

Walaupun berdepan situasi memalukan, dia kekal profesional apabila meneruskan ucapan, malah sempat mengawal keadaan sebelum meneruskan peragaan seperti biasa.

Tindakan tenang itu meraih pujian ramai yang menganggapnya bijak mengendalikan situasi luar jangka di pentas antarabangsa.

Malam kemuncak Miss Grand Thailand 2026 dijadualkan berlangsung pada 28 Mac ini di MGI Hall, Bravo BKK Mall, Bangkok.

Pemenang bakal dimahkotakan oleh juara tahun sebelumnya, Sarunrat Puagpipar sebelum mewakili Thailand ke pertandingan Miss Grand International 2026 di India.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

adidas Lifestyle Essentials Logo Duffel Bag Extra Small Unisex Green H35661

Must Watch Video

Advertisement