Skip to main content

Selebriti

Tunggakan Bil Khairul Aming Bocor, Maxis Mohon Maaf - “Kami Telah Mengenal Pasti Individu Yang…”

Tunggakan Bil Khairul Aming Bocor, Maxis Mohon Maaf - “Kami Telah Mengenal Pasti Individu Yang…”

Sekilas

  • Maxis memohon maaf selepas maklumat bil telefon peribadi Khairul Aming tersebar di media sosial dan mengesahkan insiden itu adalah terpencil.
  • Maxis telah mengenal pasti individu yang terlibat dan sedang mengambil tindakan tegas termasuk tindakan undang-undang.
  • Syarikat telekomunikasi itu menegaskan tiada pelanggan lain terjejas secara meluas dan komited menjaga privasi serta perlindungan data peribadi.
Advertisement

Syarikat telekomunikasi terkenal, Maxis tampil membuat permohonan maaf susulan insiden penularan bil tunggakan telefon peribadi milik usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Maxis juga memaklumkan bahawa pihak mereka sudah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan perkara tersebut dan bakal mengambil tindakan tegas.

Advertisement

Dalam masa yang sama, Maxis juga menjelaskan bahawa insiden tersebuy merupakan satu kejadian terpencil dan mengesahkan bahawa tiada petunjuk pelanggan lain turut terjejas secara lebih meluas.

“Kami sedang menyiasat satu insiden yang tular di media sosial malam tadi berkenaan butiran akaun seorang pelanggan Maxis.

“Semua akses kepada akaun pelanggan direkodkan dan dipantau sepenuhnya. Hasil siasatan kami menunjukkan bahawa ini merupakan insiden terpencil yang melibatkan tindakan tanpa kebenaran.

“Tiada sebarang petunjuk bahawa insiden ini melibatkan pelanggan lain secara lebih meluas. Kami akan menghubungi pelanggan berkenaan pagi ini berkaitan perkara tersebut.

“Kami telah mengenal pasti individu yang dikaitkan dengan insiden ini dan sedang mengambil tindakan segera, termasuk tindakan undang-undang.

“Kami memohon maaf atas insiden ini. Kami kekal komited terhadap privasi data dan perlindungan data peribadi,” penjelasan Maxis dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu, tular satu hantaran dibuat seorang individu yang mendakwa Khairul Aming mempunyai tunggakan bil berjumlah RM498 selain mendakwa talian telefon miliknya telah disekat susulan bayaran yang tidak mencukupi.

Malah, individu sama turut mendakwa wang pendahuluan sebanyak RM2,000 yang dibayar Khairul Aming bagi menampung penggunaan beberapa bulan tidak mencukupi kerana terdapat pembelian digital tambahan melebihi RM400.

Khairu Aming kemudiannya menuntut penjelasan daripada sebuah syarikat telekomunikasi selepas mendakwa maklumat bil telefon peribadinya telah dibocorkan oleh seorang individu di media sosial.

Sumber: Facebook

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement