Sekilas
- Tiga pempengaruh wanita, Umisya Mazlan, Aireena Sofia dan Ananda Natasha, berkongsi video membaca surah Al-Mulk di TikTok Galeri Hajrah.
- Mereka memohon maaf terlebih dahulu jika terdapat kesilapan dalam bacaan mereka.
- Wargamaya memuji suara lunak dan bacaan tepat terutama Umisya yang dianggap mempunyai tajwid dan taranum yang sedap didengar.
Perkongsian video memperlihatkan tiga orang pempengaruh wanita iaitu Umisya Mazlan, Aireena Sofia dan Ananda Natasha membaca surah Al-Mulk menerima pujian wargamaya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Galeri Hajrah, mereka bertiga memohon maaf terlebih dahulu sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan.
“Boleh, InsyaAllah… tapi kalau ada salah itu, kami minta maaf,” kata mereka.
Rata-rata wargamaya terpesona dengan suara lunak mereka bertiga menyampaikan surah Al-Mulk.
“MasyaaAllah dah la cantik-cantik belaka... sedap pula suara bila mengaji.
“Sedapnya suara dorang bertiga ni. Masing-masing ada cara dan bunyi sendiri love sangat,” komen wargamaya.
Malah, terdapat juga wargamaya yang memuji Umisya membaca surah tersebut dengan lancar dan tepat.
“Masya Allah tajwid dan bacaan Umisya
“Umisya paling tepat bacaan… apa pun yang lain tetap terbaik sebab mencuba dengan baik.
“Umisya sedap taranumnya macam yang hafizah… sedap dengar,” komen mereka.
@galerihajrahq MashaAllah. Bila @jane @Ananda_natashaaa @_umisyamazlan bersatu, bukan sekadar suara yang seiring, tetapi jiwa yang tenang dalam lantunan Surah Al-Mulk 🤍 Dalam kebersamaan itu, lahir ketenangan, keikhlasan dan makna Sejiwa Raya yang sebenar ✨ Satu bacaan. Satu rasa. Satu jiwa. 🌙 Sejiwa Raya 2026 — Coming Soon #galerihajra #sejiwaraya #comingsoon ♬ original sound - galerihajra