Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Utamakan Kesihatan, Adriana Adnan Titip Pesanan Terutama Buat Kaum Wanita - “Kita Pula Setiap Minggu…”

ASTROGEMPAK Adriana Adnan

Sekilas

  • Pelakon Adriana Adnan menggalakkan wanita untuk aktif bersukan dengan memilih aktiviti yang mereka suka supaya badan sentiasa bergerak dan sihat.
  • Adriana menegaskan setiap orang ada pilihan senaman berbeza dan tiada satu cara yang lebih baik daripada yang lain, semuanya bergantung pada kesukaan masing-masing.
  • Dia sendiri mencuba pelbagai jenis senaman seperti pilates, yoga, muay thai dan hyrox untuk manfaat dan kepuasan yang berbeza-beza.
Advertisement

Pelakon Adriana Adnan mengajak orang ramai, khususnya wanita, supaya sentiasa melakukan aktiviti bersukan untuk memastikan tubuh sentiasa aktif dan kekal sihat.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Adriana berkata lakukan apa saja aktiviti bersukan yang akan membuatkan diri berasa seronok. 

 

“Tak kesah la hyrox ke crossfit ke pilates ke running atau hiking, buat saja apa yang anda rasa paling seronok. Asalkan anda sentiasa pastikan badan anda bergerak itu pun dah cukup bagus. Bina otot, buang lemak dan jadi kuat untuk masa akan datang. 

 

“Terutama untuk para wanita, dapatkan endorphins dari senaman. Kita pula setiap minggu mood dan tenaga naik turun sebab hormonal cycle. Buat saja apa yang buat korang happy okie?” kongsinya. 

 

Dalam masa sama, Adriana berpendapat setiap individu mempunyai kecenderungan yang berbeza dan tidak wajar merasakan pilihan sendiri lebih baik daripada orang lain.

 

“Hanya sebab kita suka sesuatu yang lain, tak bermaksud kita lebih baik daripada lain. Benda ini subjektif. Ikut preferences masing-masing,” katanya lagi. 

 

Adriana turut berkongsi dia sendiri gemar mencuba pelbagai jenis senaman kerana setiap satunya menawarkan manfaat yang berbeza.

 

“I buat macam-macam. Pilates buat, yoga buat, muay thai buat, hyrox pun buat. Semua ada kebaikan masing-masing dan bagi I kepuasan yang berbeza-beza. 

 

“I mula berlari semula sebab Hyrox. I masih pergi pilates for mobility and yoga for flexibility. Kadang kalau stress I pergi training muay thai untuk lepas geram. Bukankah itu pengaruh yang baik dan sihat?” ujarnya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex Black IH7702

adidas Football Goletto IX Firm/Multi-Ground Boots Unisex Black IH7702

adidas Football PREDATOR CLUB Fold-Over Tongue Firm Ground/Multi Ground Football Boots Unisex Pink HQ2273

adidas Football PREDATOR CLUB Fold-Over Tongue Firm Ground/Multi Ground Football Boots Unisex Pink HQ2273

6 POCKET ARMY ( CARGO) 🔥🔥Hot Sell🔥🔥(Army 3pockt bawa kaki ada jerut rm15).(Army 6pockt bawa kaki xada jerut rm17)

6 POCKET ARMY ( CARGO) 🔥🔥Hot Sell🔥🔥(Army 3pockt bawa kaki ada jerut rm15).(Army 6pockt bawa kaki xada jerut rm17)

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

Must Watch Video

Advertisement