Skip to main content

Viral

Wanita Dicerai Talak Tiga Kerana Orang Ketiga, Kini Kahwini Bapa Kepada Penyondol - “Mak Dia Pernah Kata Aku Tak Pandai Jaga Laki”

Penyondol

Sekilas

  • Seorang wanita berkongsi kisah rakannya yang dicerai talak tiga kerana suami dikhianati orang ketiga.
  • Rakan wanita itu kemudian berkahwin dengan bapa kepada perempuan yang merosakkan rumah tangganya.
  • Bekas suami rakannya masih belum berkahwin dengan orang ketiga dan sering mengamuk terhadap rakannya.
  • Wanita itu pernah merayu agar tidak diceraikan, tetapi suaminya terlalu tergila-gilakan orang ketiga yang lebih muda.
  • Perkongsian ini mendapat perhatian ramai yang anggap tindakan balas itu setimpal dengan perbuatan orang ketiga.

Tular satu kisah di Threads mengenai seorang wanita yang berjaya membalas dendam terhadap penyondol yang telah menghancurkan rumah tangganya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik semula di Threads, kisah tersebut bermula menerusi perkongsian seorang wanita mengenai rakannya yang dicerai talak tiga oleh suami tahun lalu kerana orang ketiga.

Namun, takdir di masa depan tidak siapa yang tahu apabila rakannya itu berkahwin pula dengan bapa kepada penghancur rumah tangga.

“Suami kawan saya kena sondol tahun lepas sampai bercerai. Jadi kawan saya pun sondol ayah kepada perempuan yang sondol suami dia.

“Sekarang dia dah kahwin tetapi bekas suami dia belum pun kahwin dengan perempuan itu. Hari-hari mengamuk dengan kawan saya.

“Kawan saya cakap, ‘Best kan bila tengok orang yang kita sayang kena sondol? Kalau kau kejam, aku lagi kejam’,” kongsinya.

Berkongsi lanjut, wanita memaklumkan bahawa rakannya merayu agar tidak diceraikan namun suaminya ketika itu terlalu tergila-gilakan orang ketiga yang jauh lebih muda dari mereka.

Lebih parah, wanita itu mendakwa ibu kepada orang ketiga itu juga membela tindakan anaknya sambil mengatakan rakannya tidak pandai menjaga rumah tangga.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya berpuas hati dengan tindakan dilakukan rakan kepada wanita berkenaan.

Warganet menganggap, perbuatan itu sebagai satu balasan setimpal buat orang ketiga yang telah menghancurkan rumah tangga wanita tersebut.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement