Skip to main content

Selebriti

Wanita Tak Boleh Terima Lelaki Miskin? Ini Jawapan Cik Epal - "Sesetengah Lelaki Bila Ada Duit..."

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Cik Epal berkongsi pandangan bahawa ramai wanita sanggup menerima lelaki yang hidup susah dan sama-sama membina kehidupan.
  • Beliau menegaskan sesetengah lelaki bertindak curang selepas memperoleh kekayaan, tetapi ini tidak berlaku kepada semua lelaki.
  • Cik Epal percaya kesetiaan bergantung pada individu dan bukan berdasarkan jantina semata-mata.

Pempengaruh media sosial, Cik Epal tampil meninggalkan komen pada hantaran seorang netizen yang mendakwa lelaki boleh menerima wanita miskin, namun sebaliknya pada wanita.


 

Menerusi Threads, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berkata bahawa masih ramai wanita yang boleh hidup susah bersama pasangannya.


 

Namun, situasinya berlainan pada lelaki kerana sesetengah daripada mereka akan bertindak curang sebaik sahaja mereka memperoleh kekayaan.


 

"Ramai je perempuan tak kisah terima lelaki yang susah dan sama-sama bina kehidupan dari bawah, tapi ada sesetengah lelaki ni bila baru sahaja merasa ada duit sendiri selepas berkahwin, dia menggatal dengan bini orang pula," tulisnya.


 

Bagaimanapun, Cik Epal menegaskan bahawa kenyataannya itu tidak terpakai pada semua lelaki kerana dia percaya bahawa masih ramai lagi lelaki yang setia dan bertanggungjawab.


 

Malah, katanya lagi, kesetiaan seseorang tidak boleh diukur melalui jantina, sebaliknya terletak pada individu.


 

"Cuma aku rasa bukan semua lelaki begitu. Masih ada je lelaki yang setia, tahu menghargai pengorbanan pasangan, dan kekal menjaga amanah rumah tangga. Semuanya bergantung pada individu, bukan jantina," ujarnya.



 

Must Watch Video

Advertisement