Sekilas
- Watie Hanifiah berkongsi kisah di sebalik pemilihan nama anak perempuannya, Akira Juwita Zahra, yang asalnya hanya dipilih sebagai Juwita oleh anak tirinya, Thalita.
- Watie memilih nama Akira yang diambil daripada nama penuh Thalita dan memujuk Thalita untuk menambah nama Zahra supaya ada persamaan dengan nama keluarganya.
- Watie dan Shuib berkahwin pada Jun 2023 dan baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 April.
Isteri kepada pelawak, Shuib iatu Watie Hanifiah berkongsi kisah di sebalik pemilihan nama anak perempuanya iaitu Akira Juwita Zahra.
Menerusi perkongsian di TikTok, Watie berkata nama tersebut pada awalnya hanya dipilih sebagai Juwita oleh anak tirinya, Thalita, namun dia merasakan nama itu terlalu ringkas.
“Akira itu nama Thalita, Juwita pula Thalita yang pilih. Asalnya hanya nama Juwita. Shuib pun kata jangan pilih nama yang panjang-panjang.
“Tapi saya rasa nama Juwita itu pendek sangat dan saya juga mahu nama yang ada kaitan dengan Thalita. Jadi, saya pilihlah Akira yang datang daripada nama penuh Thalita,” katanya.
Dalam masa sama, Watie turut berkongsi bahawa dia perlu memujuk Thalita untuk menambah nama Zahra kerana mahu nama tersebut mempunyai persamaan dengan dirinya dan adik-beradiknya.
“Saya pun pujuk Thalita, cakap nak nama sama macam saya dan adik-beradik saya. Saya cakap dengan dia, apa kata dia bagi nama Zahra tu dekat Akira juga. Pada mulanya dia tak setuju tapi lama-lama dia okay,”ujarnya.
Sekadar rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 April.