Skip to main content

Viral

“Ya Allah, Aku Heart Attack!” – Kieda Crepe Geram Anak ‘Berniaga’ Pensel Warna, Caj Kawan RM1

ASTROGEMPAK Kieda

Sekilas

  • Pempengaruh Kieda Crepe berkongsi kisah lucu anaknya, Hadif Fairel, yang minta duit RM1 daripada rakan kerana pinjam warna-warni milik Hadif.
  • Hadif dikatakan buat macam bisnes kecil-kecilan dengan mengenakan bayaran untuk penggunaan warna-warninya.
  • Kieda terhibur dengan gelagat anaknya yang sudah tunjuk minat berniaga walaupun rasa geram dan perlu menasihatinya.

Pempengaruh dan usahawan Kieda Crepe berkongsi satu kisah lucu melibatkan anaknya, Hadif Fairel, yang mencuri perhatian ramai di media sosial.

 

Menerusi perkongsiannya, Kieda meluahkan rasa terkejut apabila menerima mesej daripada ibu kepada rakan anaknya yang memaklumkan Fairel meminta duit RM1 daripada anaknya.

 

Menurut Kieda, dia kemudian bertanya kepada anaknya mengapa dia meminta wang sedangkan sudah diberikan duit saku sebanyak RM5 sehari.

 

“Aku heart attack. Hari ini mak kawan Fairel chat beritahu Fairel minta duit anak dia seringgit. Kieda tanya kenapa dia minta sebab Kieda bagi duit sehari RM5 kat dia.

 

“Lepas itu mak dia jawab sebab anak dia pinjam colour Fairel. Colour Fairel banyak… Fairel buat macam bisnes la, nak pakai colour dia bayar seringgit dulu,” kongsinya.

 

Perkongsian tersebut membuatkan Kieda berasa geram, namun dalam masa sama terhibur dengan gelagat anaknya yang sudah menunjukkan minat berniaga pada usia muda.

 

Malah, Kieda sempat berseloroh bahawa tindakan untuk memarahi anaknya terasa tidak sampai hati, namun tetap mengakui dia perlu menasihati Hadif agar memahami situasi yang sesuai.

 

“Ya Allah, aku geram betul laa Hadif Fairel! Nak tampar anak pun macam tak baloi. Tapi tulah, kena nasihat juga. Bukan masa dia lagi nak berbisnes. Haihlaa anak,” ujarnya.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

UV Light Fluorescent Tattoo Sticker for Party Concert | Pelekat Tatu Berfluoresen UV Glow Dalam Gelap Kalis Air

UV Light Fluorescent Tattoo Sticker for Party Concert | Pelekat Tatu Berfluoresen UV Glow Dalam Gelap Kalis Air

❤HUGGA❤ Jooki Bunny Plushie Rabbit Matcha Green

❤HUGGA❤ Jooki Bunny Plushie Rabbit Matcha Green

NIKO Animal Wooden Puzzle

NIKO Animal Wooden Puzzle

【RAYA SALE】PlayStation 5 Pro PS5 Pro Advanced Ray Tracing & AI Upscaling (2TB)

【RAYA SALE】PlayStation 5 Pro PS5 Pro Advanced Ray Tracing & AI Upscaling (2TB)

Must-Watch Video

Advertisement