Sekilas
- Yazmin Aziz mendedahkan dia telah menjadi mangsa buli sejak kecil dan menganggap buli tidak berhenti walaupun selepas tamat persekolahan.
- Yazmin berkongsi bahawa dia dibuli kerana mempunyai darah kacukan, yang membuatkan dia tertanya-tanya tentang identitinya.
- Perkongsian Yazmin mendapat sokongan ramai wargamaya yang berharap gejala buli dapat dihentikan segera.
Penyanyi Yazmin Aziz mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli sejak dari kecil lagi.
Menerusi hantaran di Threads, Yazmin bagaimanapun berkata dia pada mulanya berfikiran kejadian dibuli itu akan terhenti selepas tamat persekolahan namun tanggapannya salah.
“Dari kecil saya dah jadi mangsa buli. Ingatkan bila dah habis sekolah, semuanya berhenti. Rupanya tidak,” katanya.

Pada perkongsian yang sama, Yazmin mendakwa dia dibuli disebabkan dirinya mempunyai darah kacukan.
“Dibuli kerana berdarah kacukan. Kadang-kadang tertanya juga, salah saya ke dilahirkan begini?” ujarnya lagi.
Rata-rata wargamaya memberi kata-kata semangat kepada Yazmin dan berharap gejala buli dapat dihentikan segera.
Sumber - Threads