Skip to main content

Zehra Zambri Kongsi Cara Kenal Pasti Individu Narsistik, Sering Berperanan Sebagai Mangsa - “Dalam Perkahwinan Pun Dah Buat…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Zehra Zambri berkongsi pandangannya bahawa individu narsistik biasanya yang mula-mula membuka mulut tentang pasangan mereka di khalayak ramai.
  • Beliau membezakan golongan empati yang lebih suka menyimpan perasaan dan menghadapi masalah sendiri berbanding narsistik yang cepat membuat kempen fitnah.
  • Zehra telah sah bercerai dengan suaminya, Nurin Mohd Iqwan Samsudin, melalui talak raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat tahun lalu.

Penyanyi, Zehra Zambri berkongsi pandangannya tentang bagaimana ingin mengenal pasti individu narsistik dalam sesebuah hubungan.

Menurutnya, inidvidu yang membuka mulut mengenai pasangannya terlebih dahulu dan memaklumkan pada orang ramai bahawa dia adalah mangsa sebenarnya merupakan golongan narsistik.

“Orang biasa mungkin sukar mengenal pasti siapa yang sebenarnya narsistik. Selalunya, apa yang si narsistik itu beritahu satu dunia yang pasangan dia telah melakukan perkara tersebut, itulah sebenarnya yang mereka lakukan.

“Macam mana nak tahu antara dua orang itu mana stau yang narsistik. Jawapannya ialah orang yang membuka mulut dahulu depan orang awam. Itulah narsistik yang sebenarnya,”tulisnya.

Dalam hantaran sama, Zehra turut memuat naik semula artikel mengenai kenyataan suaminya sebelum ini yang mendakwa dirinya telah dipukul oleh Zehra, bahkan pernah dikasari dengan objek tajam.

Sementara itu, pelantun lagu Semalakama itu turut berkongsi bahawa golongan empati pula adalah amat berbeza dengan golongan narsistik kerana mereka lebih memilih untuk menyimpan perasaan dan berdepan sesebuah masalah  seorang diri.

“Empati tidak akan membuka mulut dahulu. Dia simpan dan hadap serta telah seorang diri. Namun golongan narsistik, belum apa-apa lagi mereka dah buat smear campaign. Masih dalam perkahwinan pun dah buat cerita macam-macam,”kongsinya.

Sekadar rekod, Zehra sah bercerai dengan suaminya, Nurin Mohd Iqwan Samsudin melalui talak raj’ie di Mahkmah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada tahun lalu.

Keputusan tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Wan Nuruldin Wan Hussain.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement