Skip to main content

Temubual/Temuramah

Zizie Izette Bebas Daripada Tiga Pertuduhan Bersubahat Rasuah FELCRA

Zizie Izette Bebas Daripada Tiga Pertuduhan Bersubahat Rasuah FELCRA

Sekilas

  • Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tiga tuduhan bersubahat dalam kes rasuah melibatkan pelaburan RM150 juta FELCRA.
  • Keputusan itu dibuat selepas pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.
  • Tuduhan melibatkan suapan wang tunai yang didakwa diberikan bagi mendapatkan kelulusan pelaburan melalui akaun unit amanah atas nama Zizie Izette.
Advertisement

Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tiga tuduhan bersubahat dalam kes rasuah membabitkan kelulusan FELCRA untuk pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.


 

Advertisement

Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan Zizie Izzete berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap ketiga-tiga pertuduhan di akhir kes pembelaan.


 

Mengikut pertuduhan, Zizie Izette didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, dengan memperoleh suapan wang tunai RM2.2 juta daripada Madhi Abdul Hamid.


 

Dia didakwa melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi suaminya mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta dalam produk unit amanah Public Mutual.


 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 12 Jun 2015.


 

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, wanita itu didakwa bersubahat dengan Bung Moktar memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM262,500 daripada Madhi dan RM337,500 daripada Norhaili Ahmad Mokhtar.


 

Perbuatan itu didakwa dilakukan melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) dan Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan sama.


 

Dua kesalahan itu didakwa dilakukan di bank sama pada jam 12.16 tengah hari dan 12.18 tengah hari pada 19 Jun 2015.


 

Setiap pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


 

Pada 2 September 2022, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob memerintahkan kedua-duanya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.


 

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan pasangan itu, sekali gus mengetepikan keputusan tersebut serta melepas dan membebaskan mereka daripada semua pertuduhan.


 

Namun pada 22 Mei 2025, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengarahkan mereka kembali membela diri.


 

Sepanjang prosiding pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How dan Mohd. Fadhly Mohd. Zamry manakala Zizie Izette diwakili peguam-peguam K.Kumaraendran, M.Athimulan dan Ridha Abdah Subri.


 

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement