Viral
Ikut Cara Pengguna Facebook, Barang Makanan Yang Dibawa Khairul Aming Ke New Zealand Tak Dirampas - “Benda Ini Sangat Membantu”
Kedatangan tahun baharu bukan sahaja membuatkan ramai yang berasa teruja untuk memulakan bab baharu dalam kehidupan, malah, cuti hujung dan awal tahun biasanya dimanfaatkan untuk melancong ke luar negara.
BERITA TRENDING: Isu Sambal Nyet Diciplak, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang
Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming yang kini berada di New Zealand berkongsi cara mudah untuk mengisytiharkan bahan memasak kering yang dibawa dalam bagasi ketika melalui pemeriksaan kastam.Great travel tips dari saudara Khairul Aming ??
Kalau pergi ke New Zealand (atau mana-mana negara yang pemeriksaan kastam agak ketat), buat list bahan masakan yang dibawa.
Ini akan memudahkan urusan di lapangan terbang & Alhamdulillah barangan yang mereka bawa tak dirampas ?? pic.twitter.com/5salLWmuhi— ?Arif E.? (@arfdy12) January 1, 2024
“Barang-barang makanan yang saya bawa dari Malaysia semua lepas, tak kena buang, tak kena rampas.
“Dan benda ni sangat membantu. Saya nampak orang buat di Facebook. Saya ikut benda sama, ambil gambar dari Google, tulis nama produk, jenama apa, bahan-bahan apa dan kuantiti yang dibawa,” katanya.
Dalam pada itu, Khairul Aming berkata, pegawai kastam dan imigresen di sana menyifatkan senarai bahan makanan yang ditulis dalam kertas bersaiz A4 itu memudahkan kerja mereka.
Sumber: Platform X
BERITA TRENDING: Berjaya Turun 20KG, Khairul Aming Jadi Inspirasi Amalkan Gaya Hidup Sihat! Ini Apa Yang Dia Buat
Must-Watch Video