Laman Utama
Berjaya Turun 20KG, Khairul Aming Jadi Inspirasi Amalkan Gaya Hidup Sihat! Ini Apa Yang Dia Buat
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming baru-baru ini berkongsi pengalamannya menurunkan berat badan sepanjang tahun 2023.
Menerusi hantaran yang dibuat di Platform X, Khairul menyatakan bahawa dirinya berjaya menurunkan berat sebanyak 20 kilogram hasil daripada melakukan senaman.
BERITA TRENDING: Selfie Dengan Siti Nurhaliza, Ramai Minta Khairul Aming Collab Balik Macam Masak Cheesecake Tahun…
“Hilang 20 kilogram memang rasa life changing. Dulu badan selalu semput dan baju makin tak muat. Sekarang dah mula rasa fit dan senang nak buat kerja seharian,” tulisnya.
I lost 20kg in 2023
Bermula dengan berat 113 kg dan turun ke 93kg. Hilang 20kg memang rasa life changing. Dulu badan selalu semput dan baju makin tak muat. Now dah mula rasa fit and senang nak buat kerja seharian ?
It’s been a long year and I can’t wait for 2024? pic.twitter.com/2DbzZOpRUj— Khairulaming (@khairulaming) December 21, 2023
Hantaran itu telah menginspirasikan ramai peminat-peminat Khairul Aming di mana rata-ratanya berazam untuk mencapai matlamat hidup seperti mana yang dilakukan oleh pempengaruh itu.
Antara komen yang diterima:
“Ini memang inspirational, saya sepatutnya fikir tentang matlamat hidup dan bukannya terlalu fokus dekat masalah harian, terima kasih kerana berkongsi perubahan hidup awak bersama kami,”
“Alhamdulillah, tahniah KA! Harapnya lebih ramai rakyat Malaysia terinspirasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat,”
“Terima kasih untuk inspirasi dan tahniah berkaitan kejayaan awak, saya akan mula rutin senaman saya minggu hadapan.”
Sekadar info, entri yang dibuat di Platform X itu berjaya meraih lebih 1 juta tontonan dan 24,000 tanda suka
Must-Watch Video