Skip to main content

Hiburan

“Saya Mencari Bahagia, Tenang Buat Sisa-Sisa Hidup Saya Ini, Tak Perlu Siapa Tentukan” - Fazura Mohon Doa Yang Baik Soal Jodoh

Astro Gempak 514

Sekilas

  • Fazura kini fokus mencari kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup tanpa tekanan soal jodoh, menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT.
  • Pelakon ini berharap mendapat pasangan yang baik, setia, beriman, dan menyayangi anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, serta memohon doa daripada orang ramai.
  • Fazura menegaskan agar orang ramai tidak memberi tekanan berlebihan mengenai jodohnya kerana ketentuan Allah adalah yang terbaik dan perlu dihormati.

Pelakon dan usahawan Fazura mengakui dirinya kini hanya mahu menjalani kehidupan dengan bahagia dan tenang tanpa tekanan berhubung soal jodoh.

Menerusi satu komen di Threads, Fazura, 42, berkata dia menyerahkan sepenuhnya urusan pasangan hidup kepada ketentuan Allah SWT selain berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Saya mencari bahagia, tenang dan tenteram buat sisa-sisa hidup saya ini.

“Tak perlulah sesiapa menentukan ibarat mahu menyuap kehendak sendiri dalam mulut saya.

“Allah SWT lebih mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas segalanya, pasti aturan rahsia-Nya yang terbaik... Kun Fayakun... mohon doakan yang baik-baik, itu sahaja,” katanya.

dsfg

Perkongsian tersebut dibuat sebagai respons terhadap satu video dimuat naik peminat dalam platform Threads yang memaparkan dirinya bercakap mengenai harapan jika dipertemukan jodoh sekali lagi.

Dalam video berkenaan, Fazura berharap dikurniakan pasangan yang baik selain mampu menyayangi anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

“Doakan saya mendapat jodoh yang terbaik, membahagiakan, setia, beriman dan menyayangi anak saya Fatima.

“Semoga mendapat jodoh yang Fatima juga restu dan diredai Allah SWT. Itu yang paling penting,” ujarnya.

Menurut Fazura, dia juga sedar ramai peminat sering menjodohkannya dengan beberapa individu termasuk golongan VVIP dan selebriti.

“Sebab kadang-kadang ada yang cakap saya sesuai dengan VVIP, bukan dalam industri, sesuai dengan orang ini orang itu.

“Tapi kadang-kadang yang kita rasa terbaik, adakah kita nak pilih ataupun mahu Allah yang pilih?” luahnya lagi.

Tambah pelakon filem Pisau Cukur itu, memiliki pasangan yang sempurna bukan jaminan kebahagiaan sekiranya hubungan tersebut gagal memberikan ketenangan hidup.

“Memanglah kalau dapat yang orang kata ada segala-galanya seperti beriman, semua itu bonuslah.

“Tapi kalau mereka tak dapat bahagiakan saya, macam mana nak buat?

“Bukan tak ada yang mendekati saya sebelum ini. Ada dalam kalangan saya juga. Hujung-hujung kita tak tahu ketentuan Allah itu adalah yang terbaik. Jadi harap semua doakan saya,” katanya.

Dalam masa sama, Fazura turut berharap orang ramai tidak memberi tekanan berlebihan terhadap dirinya atau mana-mana pihak berkaitan soal jodoh.

“Andai kata ada yang mendekati, berkawan dengan saya, jika Allah kata tidak, maka tidaklah.

“Tenang saja, tak perlu fikir teruk sangat mahu dengan orang ini, orang itu, nak tekan-tekan dan tentukan, tak perlu.

“Kita semua percaya dan yakin dengan ketentuan Allah dan akan beri yang terbaik. Jadi relaks saja, jangan bagi saya dan mana-mana pihak tekanan.

“Sebab kalau beri tekanan, kadang-kadang orang itu boleh rasa nak bunuh diri, contoh,” ujarnya.

Sebelum ini, rata-rata peminat dilihat seakan-akan merestui hubungan Fazura bersama Que Haidar selepas mereka bekerjasama dalam sebuah kempen baju raya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Clashe Baju Kemeja Perempuan Style CORDUROY Loose-Fitting Wanita Party Elegant 3/4 Sleeve Crew Neck Blouse Viral Terkini

Clashe Baju Kemeja Perempuan Style CORDUROY Loose-Fitting Wanita Party Elegant 3/4 Sleeve Crew Neck Blouse Viral Terkini

Must Watch Video

Advertisement