3 Gadis Manis
Pencuri Hati Versi Dangdut Masuk Carta Indonesia, Ayda Jebat Ke Yogjakarta & Surabaya
Setelah lagu Pencuri Hati versi dangdut menduduki carta di empat stesen radio Indonesia, penyanyi Ayda Jebat akui mahu meneruskan promosi ke Yogjakarta dan Surabaya.
Ayda Jebat berkata dia memilih dua bandar itu kerana mendapati sudah mempunyai kelab peminat di sana.
"Alhamdulillah, saya dapat maklum balas positif apabila lagu Pencuri Hati sudah dimainkan dan masuk carta di empat stesen radio di Indonesia.
"Saya terharu apabila ramai peminat Indonesia yang menulis komen positif di Instagram dan video muzik lagu tersebut selepas saya membuat rangka promosi beberapa hari di Jakarta.
"Saya lihat perkembangan semakin baik dan sekarang saya sudah ada kelab peminat di Indonesia.
"Selepas ini, pihak pengurusan ada perancangan untuk menjalankan promosi di beberapa tempat lagi seperti Jogyakarta dan Surabaya yang mana kelab peminat saya ditubuhkan," katanya
Ayda Jebat ditemui selepas pelancaran drama mini 3 Gadis Manis di Melur & Thymes , Pavilion semalam.
Muzik video Pencuri Hati versi dangdut yang dimuat naik pada 1 Desember lalu kini memcecah lebih 3 juta tontonan di YouTube.
Sementara itu, mengulas mengenai drama terbarunya itu, Ayda memberitahu ia satu-satunya drama terpendek yang hanya menjalani penggambaran tiga hari sahaja.
"Saya menerima tawaran berlakon drama ini lebih kepada menyokong pihak Astro dan produksi kerana ini merupakan pertama kali mereka menerbitkan drama digital.
"Meskipun penggambaran dilakukan selama tiga hari, namun penggambaran berjalan dengan lancar kerana semua pelakon memeberi kerjasama yang sangat baik," katanya lagi.
Drama enam episod lakonan Mira Filza, Cristina Suzanne, Dottie dan Alvin Chong ini boleh ditonton menerusi Astro Gempak atau layari www.3gadismanis.com.my bermula 8 Mac ini.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Must-Watch Video