Skip to main content

Budaya Popular

“Date With My Man” - Wani Kayrie Ada Someone Special? Video Instagram Cetus Spekulasi

astrogempak_wani_kayrie_bercinta_evertts_gomes-4.jpg

Sebuah video pendek di akaun Instagram milik Wani Kayrie yang memaparkan dirinya keluar temu janji bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.

Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan Wani seakan-akan dilamun cinta sambil menikmati makan malam bersama jejaka misteri tersebut.


Meninjau ruangan komen, netizen mula berteka-teki mengenai identiti jejaka yang muncul dalam video tersebut.

Ada yang berpendapat jejaka itu merupakan seorang pelakon baharu yang sedang meningkat naik, iaitu Evertts Gomes.

Antara komen yang ditinggalkan adalah: 

“Evertts Gomes ni setelah tengok berkali-kali”

“Jangan tangan macam Evertts Gomes punya ja” 

“Kenapa macam Evertts Gomes je hahaha taktahu la,” komen dari netizen

Must-Watch Video

Advertisement