,
Berita

Banduan Dapat 8A SPM, Tiada Telefon Atau Rujukan Ulangkaji - "Setiap Malam Bertahajjud, Solat Hajat & Berdoa"

Muhammad Firdaus
27/05/2024
23:55 MYT
Semua orang layak untuk berjaya. Itulah yang boleh dikatakan apabila dua orang banduan dari Sekolah Integrasi Marang memperolehi keputusan cemerlang walaupun berada di sebalik tirai besi.
Banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Aiman (bukan nama sebenar), 20, berjaya memperolehi keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Berkongsi tentang cabaran belajar di dalam penjara, Aiman tidak menafikan sukar untuk mengulangkaji kerana tiada telefon mahupun rujukan.

“Sangat sukar, tetapi apa yang boleh saya buat ialah berusaha bangun setiap malam...

Dalam pada itu, Aiman turut menceritakan di mana dirinya kerap bangun setiap malam untuk melakukan solat tahajjud dan solat hajat.
“Kalau berbanding pelajar lain di luar sana, saya di sini tiada telefon, tiada rujukan untuk mengulangkaji.
“Sangat sukar, tetapi apa yang boleh saya buat ialah berusaha bangun setiap malam, bertahajjud, solat hajat, serta berdoa dan fokus ketika belajar, selebihnya saya berserah kepada Allah”, kongsinya.
Dalam pada itu, rakannya Asraf (bukan nama sebenar), 20, yang sedang menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun menerima keputusan 4A.
Walaupun keputusan yang dicapai tidak secemerlang Aiman, Asraf menegaskan dirinya tidak pernah rasa cemburu dengan pencapaian rakannya itu.
“Sebagai seorang kawan saya bangga dengan kawan saya (Aiman) tu tapi saya tak pernah rasa cemburu, walaupun berbeza 8 dengan 4 tapi saya rasa itu dah cukup hadiah pada saya itu antara pemberian untuk keluarga pada ibu saya”, ujarnya.

Tak Ada Alasan Untuk Berjaya

Sementara itu, Pengarah Penjara Marang, Mohamad Jusoh Ismail berkata keputusan yang dicapai kedua-dua banduan tersebut perlu dijadikan sebagai inspirasi bahawa tiada halangan untuk seseorang itu berjaya tidak kira di mana mereka berada.
“Kita bangga dengan pelajar kita di sini belajar penuh dengan kekangan masa terhad kemudahan terhad mereka boleh juga capai kejayaan.
“Walau bagaimanapun, kejayaan tersebut kalau tak ada dorongan daripada cikgu, mereka sendiri tak minat sukar nak capai keputusan seperti ini,” katanya.
Sekadar info, keputusan SPM bagi pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan itu telah diumumkan pada pagi Isnin.

BERITA TRENDING: Zarina Zainuddin, Kak KM & Datuk Hattan Kongsi Pencapaian Cemerlang Anak-Anak Dalam SPM

Untuk rekod, tahun ini mencatatkan lebih 11,000 pelajar yang memperolehi semua A dalam semua mata pelajaran di mana ia sekaligus menjadikan pencapaian bagi tahun 2023 lebih baik berbanding tahun 2022.
Sebelum ini, Gred Purata Nasional (GPN) merekodkan 4.60 bagi SPM tahun 2023 di mana ia adalah lebih baik daripada tahun 2022 iaitu 4.74.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.