Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lelaki Ini Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Mewah Bernilai RM1.7 Juta Sempena Hari Jadi, Dihantar Dengan Trak Lutsinar!

Mya Amri
22/06/2024 06:55 MYT
Seorang lelaki menjadi perhatian perhatian netizen selepas menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah sempena sambutan hari jadinya.

Difahamkan sambutan majlis hari jadi ke-40 lelaki yang dikenali sebagai Huang Junjun itu berlangsung di sebuah pusat karaoke di Segamat, Johor.

Kereta berjenama mewah RM1.7 juta dihantar dengan trak lutsinar

Lebih menarik lagi, pada majlis hari jadi itu, sebuah kereta mewah idamannya yang bernilai RM1.7 juta itu dihantar dengan menggunakan trak lutsinar.

Menurutnya, dia telah membuat pertimbangan selama sembilan tahun sama ada mahu membeli kereta idamannya itu atau pun tidak.

Disebabkan itu juga dia telah meletakkan poster model kereta idaman berkenaan di cermin bilik tidurnya.

Dia kemudiannya menjelaskan mahu menjadikan sambutan hari jadinya kali ini lebih diingati.

Kata Huang Junjun, idea untuk menghantar keretanya dengan menggunakan trak lutsinar adalah daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan juga pengedar keretanya.

Jemput 60 tetamu, siap ada tarian singa

Tidak cukup dengan itu, Huang Junjun juga turut menghiburkan 60 tetamu yang hadir dengan persembahan secara langsung oleh sembilan penari singa.

Malah rakannya dari sebuah agensi peragaan juga turut mengaturkan empat model, dua penari dan seorang DJ untuk sambutan hari lahirnya.

Istimewanya lagi, ibu bapanya turut membuat kejutan dengan hadir ke majlis hari jadi anaknya itu.

Mengimbau kembali kenangan, Hwang Junjun berkata dia teringat kembali susah payah kehidupannya suatu ketika dahulu di mana dia merupakan seorang pembeli minyak sawit yang bermula dari awal dan menyewa sebuah bilik kecil pada tahun 2009.

Kini, selain perniagaan utamanya, dia juga memiliki rangkaian kedai dobi layan diri.

Sumber: World of buzz

#Viral #Hari Lahir #Hari Jadi #Kereta Mewah #Tular #Jenama mewah #Hadiah Diri Sendiri #Trak Lutsinar
;