Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Netizen Terhibur Pengantin Lelaki Hadir Sebagai Ultraman - “Macam Mana Makan Beradap, Suap Ikut Mana?”

Mya Amri
28/05/2024 01:55 MYT
Seorang pengantin lelaki memilih untuk membuat kelaianan dengan tampil memakai kostum adiwira popular Jepun iaitu Ultraman Taro pada hari perkahwinannya.
 

Pasangan pengantin Ultraman sporting

 
Menerusi video tular di TikTok merakamkan pasangan ini sedang berjalan secara perlahan-lahan menuju ke arah pelamin sambil berpegangan tangan.
 
Apa yang menarik perhatian adalah pengantin perempuan kelihatan begitu gembira sambil tersenyum dan melambai lambai ke arah tetamu yang hadir di majlis bahagia itu.
 
Pasangan pengantin yang dikenali sebagai Zulhafizie dan Qayyimah itu itu juga cukup sporting ketika membuat persediaan sesi mengambil gambar di atas pelamin.

 
Netizen suka dan terhibur

 
Sementara itu di ruangan komen pula, rata-rata netizen mendoakan pasangan ini kekal hingga ke Janna selain terhibur melihat pengantin lelaki bersanding dengan kostum tersebut.
 
Antara komen yang diterima adalah:
 

“Pandailah dia pakai baju Ultraman tu sebab nak elak bini tua tahu,”
 
“Macam mana dia makan beradab? Dia suap ikut mana?”
 
“Ultraman pun dah tak single, korang single lagi ke,”
 
“Aku harap laki aku tak nampak benda ni,”

 

Di bawah merupakan video penuh pasangan pengantin tular itu:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

#Kahwin #Viral #Tular #Ultraman #Pengantin #Unik #Ultraman Taro