Viral

Suami Rantai Wanita Di Pokok, 40 Hari Tidak Makan Diselamatkan Pengembala

gempak
Maliah Surip
02/08/2024
14:55 MYT
Sponsor Banner
Suami Rantai Wanita Di Pokok, 40 Hari Tidak Makan Diselamatkan Pengembala
Seorang pengembala terkejut dengan penemuannya di dalam sebuah hutan. Bukan binatang tetapi dia menemukan sekaligus telah menyelamatkan seorang wanita yang dirantai di sebuah pokok!
Wanita tersebut, Lalita Kayi Kumar mendakwa sudah 40 hari dirantai oleh suaminya di pokok tersebut.

Suami rantai wanita

Namun dia yang ditemui dalam keadaan menyedihkan dan kotor berjaya hidup meski tidak makan lebih sebulan.
Lalita, 50, yang tidak boleh bercakap kerana keadaan yang sangat teruk menulis nota sewaktu berada di hospital.

“Suami rantai saya di pokok di hutan dan kata saya akan mati di sini,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Cubit Paha Anak Jagaan Sampai Lebam, Pengasuh Ditahan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Dera Anjing, Pendera Rupa-Rupanya Figura Terkenal, Penyelamat Pula Dituduh Menculik? - "Padahal Dia Yang Rela ..."

ARTIKEL BERKAITAN: "Punyalah Jaga Macam Anak, Nak Jentik Pun Tak Sampai Hati" - Intan Najuwa Simpati Nasib Haiwan Didera, Mohon Jaga Penuh Kasih Sayang

ARTIKEL BERKAITAN: Suami, Isteri Disyaki Dera Anak Angkat Hingga Mati Disambung Reman

ARTIKEL BERKAITAN: Aktor Terkenal India Ditangkap, Disyaki Dera Peminat Sampai Mati Kerana Komen Di Media Sosial

Menerusi kronologi kes, Lalita diselamatkan oleh penyelamat dari daerah Sindhudurg, 290 batu dari Selatan Mumbai, India selepas pengembala mendengar tangisannya di hutan tersebut lapor Indian Exprress.
Dia yang merupakan rakyat Amerika Syarikat ditemui bersama pasport termasuk beberapa dokumen lain di kawasan tempat dirinya dirantai.
Pihak berkuasa tempatan sedang giat mencari bekas suami Lalita yang merupakan seorang warga India bernama Satish. Lalita telah tinggal di India bersama suami yang digelar bekas suaminya itu sejak 10 tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024