Skip to main content

Aishah Raikan Legasi Empat Dekad Menerusi Konsert Solo Aishah 40 Chapters Of Love Julai Depan, Tiket Mula Dijual Hari Ini!

Astro Gempak 403

Sekilas

  • Aishah akan mengadakan konsert solo berskala besar bertajuk Aishah 40 Chapters of Love pada 4 Julai di Megastar Arena.
  • Konsert ini mengangkat tema perjalanan hidup dan cinta, menampilkan lagu-lagu popular seperti Janji Manismu dan Camar Yang Pulang.
  • Tiket dijual mulai hari ini dengan harga RM168 hingga RM788 melalui platform Ticket2U.
Advertisement

Legenda seni suara tanah air, Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar berjudul Aishah 40 Chapters of Love yang dijadual berlangsung pada 4 Julai depan.

Konsert anjuran Vox Nation Live itu akan diadakan di Megastar Arena pada pukul 8 malam, sekali gus menjadi konsert solo berskala besar pertama buat penyanyi berkenaan sepanjang empat dekad dalam industri muzik.

Advertisement

Mengangkat tema perjalanan hidup dan cinta, konsert tersebut bakal membawa penonton menyelusuri setiap ‘bab’ dalam karier seni Aishah yang sarat dengan kenangan dan emosi.

Antara lagu yang dijangka dipersembahkan termasuk karya malar segar seperti Janji Manismu, Camar Yang Pulang dan Kemaafan Dendam Yang Terindah yang pernah menjadi siulan ramai.

Menurut Aishah, konsert tersebut merupakan hadiah istimewa buat peminat setia yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan seninya sejak dahulu.

Advertisement

“Konsert ini adalah hadiah saya buat semua peminat yang sentiasa bersama saya. Saya harap setiap lagu yang dipersembahkan nanti mampu mengimbau kenangan dan menyentuh hati,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Vox Nation Live, Shawn Chang menyifatkan penganjuran konsert tersebut sebagai satu penghormatan kepada legasi seni seorang ikon muzik negara.

“Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi satu pengalaman yang akan menyentuh emosi penonton dari awal hingga akhir,” ujarnya.

qwfegr

Tiket konsert mula dijual hari ini menerusi platform Ticket2U dengan harga bermula RM168 hingga RM788 mengikut kategori tempat duduk.

Konsert Aishah 40 Chapters of Love dijangka menjadi malam penuh nostalgia yang menghimpunkan perjalanan seni, cinta dan kenangan sepanjang 40 tahun penglibatan Aishah dalam industri muzik tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Must Watch Video

Advertisement