Skip to main content

“Aku Bikin TARUNG Untuk Orang Yang Jatuh Tapi Bangun Semula” – Aedy Ashraf

Astro Gempak 440

Sekilas

  • Aedy Ashraf berkongsi bahawa filem Tarung: Unforgiven dihasilkan khas untuk mereka yang sedang bertarung dalam kehidupan dan tidak mudah menyerah kalah.
  • Filem aksi ini mengangkat tema perjuangan hidup sebagai gelanggang sebenar dan menampilkan pelakon popular seperti Mierul Aiman, Bront Palarae, dan Zul Ariffin.
  • Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh Malaysia sejak 7 Mei lalu.
Advertisement

Pelakon dan penerbit, Aedy Ashraf berkongsi sebab utama dia menghasilkan filem Tarung: Unforgiven yang disifatkan dekat dengan perjuangan hidup ramai individu.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Aedy mendedahkan filem tersebut didedikasikan buat mereka yang sedang ‘bertarung’ dalam kehidupan masing-masing.

Advertisement

“Kepada abang-abang dan kakak-kakak saya di Threads ini yang sedang bertarung dalam kehidupan masing-masing, saya tahu korang sedang bertarung senyap-senyap.

“Ada yang bertarung demi keluarga, bertarung untuk diri sendiri, bertarung dengan masa silam dan bertarung untuk cita-cita,” tulisnya.

dsvfb


Menurut Aedy, dia percaya setiap perjuangan pasti akan menemukan seseorang dengan destinasi yang diimpikan sekiranya tidak mudah menyerah kalah.

“Teruskan tanpa henti. Pasti satu hari nanti akan sampai ke destinasi yang dituju. Pasti,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon berusia 32 tahun itu mengakui TARUNG: Unforgiven dihasilkan khas untuk golongan yang pernah jatuh tetapi tetap bangkit meneruskan kehidupan.

“Aku bikin Tarung Unforgiven untuk orang-orang macam kita, yang jatuh berkali-kali tapi tetap bangun.

“Yang penat tapi tak berhenti melangkah, yang luka tapi masih memilih untuk percaya. Untuk jiwa yang tak pernah kenal erti give up,” ujarnya.

Untuk info, filem aksi Tarung: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula 7 Mei lalu.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement