All Together Now 2021
ATNMY: Bukan Mudah Nak Buat Liza Hanim Bangun, Ini Aspek Yang Dilihat!
Penyanyi popular dan salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNMY), Liza Hanim meletakkan satu tanda aras dalam aspek penilaian terhadap persembahan para peserta program berkenaan.
Menurut Liza, dia mencari peserta yang tahu perkara asas dalam nyanyian selain mereka yang tahu mencipta keunikan tersendiri.
"Kebanyakan peserta ATNMY boleh menyanyi, bila kita dah tengok pattern macam itu, saya telah letak satu tanda aras. Apa yang saya cari adalah mereka yang tahu perkara-perkara asas dalam nyanyian.
Advertisement
"Pitching, tempo dan sebagainya perlu diambil kira, selain itu, mereka boleh dapat lebih kalau mampu lakukan sesuatu yang berbeza ketika membuat persembahan.
"Kita tahu ramai yang boleh menyanyi, tapi apa yang seseorang peserta itu boleh lakukan untuk tampil berbeza berbanding peserta lain," katanya kepada Gempak.
Tambah penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu, dia juga sukar bangun memberikan markah sekiranya peserta tidak mampu menguasai pentas dengan baik.
"Ketika bertanding, amat penting untuk setiap peserta menggunakan masa 90 saat di atas pentas sebaik mungkin, kalau sekadar menyanyi tapi tak menggunakan pentas sebaik mungkin, itulah yang membuatkan saya tak bangun menyumbangkan markah," katanya lagi.
Barisan juri ATNMY diketuai oleh Dato' AC Mizal selaku ketua atau kapten yang berperanan membuat keputusan penting.
Jangan lupa saksikan ATNMY setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video