gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
SUKAN
Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa

Mya Amri
Mya Amri
18/07/2025
20:45 MYT
Sponsor Banner
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
Sebuah rancangan realiti muzik terbesar Asia iaitu Asian Pop Stars (APS) 2025 bakal mencipta fenomena tersendiri dengan melahirkan bintang bertaraf dunia dari benua Asia dan Malaysia.

Finalis bakal dihantar ke Korea

Lebih menarik bukan hanya pemenang, malah kesemua lapan finalis akan dihantar menjalani persiapan khas untuk mengekalkan momentum mereka sebagai bintang selepas pertandingan berakhir.
APS dianjurkan dan diterbitkan buat kali pertama oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM).
Pengerusinya, Datin Seri Dr. Harnie Mohamed berkata kesemua finalis akan menerima biasiswa khas pengajian seni persembahan selama satu bulan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan dua bulan di Korea Selatan.

"Kami di PGDM berbesar hati dan menyahut cabaran untuk menganjur dan menerbitkan pertandingan ini dalam usaha mencari bakat yang mampu bergelar bintang bertaraf dunia.

"Lebih teruja, ini kali pertama buat kami dan julung kali juga sebuah NGO menganjur dan menerbitkan pertandingan realiti seumpama ini di negara kita," katanya pada majlis pelancaran APS 2025 di ASWARA pada Rabu.
Majlis pelancaran APS disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.

Jalani latihan intensif

Dalam pada itu, Dr Harnie berkata, program ini bakal menghimpunkan 20 peserta berbakat dari seluruh Asia yang akan melalui latihan intensif dan persembahan mingguan selama lima minggu.

“Minggu pertama hingga tiga memperlihatkan persembahan tanpa penyingkiran, diikuti minggu ke-4 yang menyaksikan 12 peserta disingkirkan.

“Seramai lapan finalis akan berentap di Konsert Akhir pada 3 Januari 2026, yang dijangka berlangsung di PICC Putrajaya,” ujarnya.
APS 2025 bakal memulakan siaran langsungnya setiap hari Sabtu malam bermula 29 November 2025 di saluran nasional RTM, bermula jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.
Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang hadiah utama berupa USD20,000, piala pusingan dan sijil pengiktirafan.
Selain persembahan, peserta akan menyertai penjelajahan khas "Cuti-Cuti Malaysia" selama sembilan hari sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2026, yang merangkumi sembilan negeri dengan pelbagai aktiviti pelancongan dan kebudayaan.
Pada majlis itu, seniwati Fauziah Ahmad Daud diumumkan sebagai Pengetua dan dibantu oleh dua tenaga pengajar iaitu Isabella Soliano (vokal) dan Azmie Z. Abdden (koreografer).
Maklumat lanjut berhubung APS boleh didapati menerusi platform sosial media @asian.pop.stars dan laman web https://asianpopstars.asia .
Topic Berkaitan
#Program Realiti
#Pelatih
#Asian Pop Stars
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement