Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

ATNMY: Ernie Gembira Banyak Bakat Menyerlah Yang Berpotensi!

Asraf Aided
09/10/2021 10:40 MYT
Penyanyi dan salah seorang juri All Together Now Malaysia (ATNMY), Ernie Zakri akui kebanyakan peserta program berkenaan mempunyai potensi yang baik.

Menurut Ernie, semua juri ATNMY terbuka menerima pelbagai jenis suara dan bakat pendatang baru memasuki industri hiburan tanah air.

"Saya sendiri tak sangka ada banyak bakat-bakat istimewa dan harus diberi perhatian.

"Alhamdulillah, apabila saya terlibat dalam program ini, saya rasa industri kita ada peluang yang cerah untuk kedepan.

"Kami para juri ATNMY terbuka untuk menerima pelbagai jenis bakat dan suara, bila ada program ini, saya selalu rasa tak sabar menantikan bakat yang akan ditampilkan setiap minggu," katanya kepada Gempak.

Justeru, Ernie berharap agar ATNMY dapat memberikan sinar baru kepada industri muzik tanah air.

"Saya berharap agar ATNMY dapat memberi sinar yang baik untuk masa depan industri kita," katanya lagi.

Jangan lupa saksikan ATNMY setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.

Ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#Ernie Zakri #All Together Now Malaysia #ATNMY