Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

ATNMY: Sherry Dedah Rahsia Maintan Ceria & Bertenaga!

Asraf Aided
27/10/2021 10:10 MYT
Pengacara All Together Now Malaysia (ATNMY), Sherry Alhadad sememangnya mampu menceriakan suasana program tersebut meskipun mengacara berseorangan setiap minggu.

Jika diperhatikan, Sherry sentiasa kelihatan bertenaga dan gembira mengendalikan ATNMY dengan pelbagai ragam barisan juri dan para peserta.

Namun ada 'rahsia' yang sebenarnya dilakukan Sherry ketika penggambaran program beformat antarabangsa yang menampilkan ramai peserta itu.

"Nak kendalikan program ini, mental dan fizikal kena kuat.

"Sebenarnya saya hanya pakai kasut tinggi atas pentas sahaja dan untuk rakaman di tempat lain, saya hanya pakai selipar," katanya.

Selain di atas pentas, Sherry juga ada membuat rakaman membelakangkan pentas yang hanya menampakkan bahagian atas tubuhnya sahaja (close up).

Apapun, Sherry gembira kerana proses penggambaran ATNMY yang mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah, proses rakaman berjalan dengan lancar, saya berasa teruja melihat reaksi para juri setiap kali ketika proses rakaman," katanya lagi.

Antara bintang yang menggalas tanggungjawab sebagai juri ATNMY adalah Erra Fazira, Zizan Razak, Aina Abdul, Shiha Zikir dan ramai lagi.

Mereka diketuai oleh Dato' AC Mizal yang berperanan dalam membuat keputusan penting.

Jangan lupa saksikan ATNMY pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.

#Sherry Alhadad #Sherry #All Together Now Malaysia #ATNMY