All Together Now 2021
ATNMY: Shiha Zikir Tak Bangun Beri Markah Sebab Kasihan, Tapi...
Selebriti versatil dan salah seorang juri program All Together Now Malaysia (ATNMY), Shiha Zikir mempunyai cara penilaian tersendiri terhadap para peserta program berkenaan.
Menurut Shiha, dia harus bersikap adil dan tidak akan menilai kebolehan peserta berdasarkan rasa simpati terhadap kisah yang diceritakan.
"Sebagai juri, kena bersikap adil dan saya tak mahu nilai markah berdasarkan rasa simpati, memang ada peserta yang cerita kisah yang menyentuh hati.
"Tapi bagi saya, ATNMY ini akan memberikan hadiah RM50,000 dan mencari seorang penyanyi untuk masuk ke dalam industri, memang kena fikir betul-betul dari segi pakej keseluruhan contohnya cara menyanyi dan identiti tersendiri," katanya kepada Gempak.
Tambah Shiha, dia juga berhati-hati dalam membuat keputusan untuk bangun (menyumbangkan markah) kepada peserta yang mungkin kedengaran bagus atas sebab-sebab teknikal dan sebagainya.
"Jadi untuk saya, saya tak akan bangun sebab rasa kasihan, kadang-kadang, ada peserta yang kedengaran bagus tapi saya tak bangun juga, ada sebab saya berbuat demikian, kadang-kadang nyanyian mereka bingit dan faktor-faktor lain," katanya lagi.
Jangan lupa saksikan ATNMY setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Must-Watch Video