Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Mohon Doa & Kasih Sayang Kalian..." - Azzam Sham Selamat Bertunang Dengan Sheryl Shazwanie

Asraf Aided
01/10/2021 12:40 MYT
Penyanyi dan juara Big Stage 2020, Azzam Sham telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Sheryl Shazwanie.

Azzam berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

Dalam foto yang dikongsi, Azzam dan Sheryl yang juga bintang Big Stage pada 2019 memakai persalinan biru muda sambil tersenyum menunjukkan cincin pertunangan mereka.

"Alhamdulillah syukur pada Allah SWT yang Maha Penyayang. 30.09.2021 #officiallyengaged," coretnya.

Pada masa sama, Azzam juga meminta orang ramai untuk mendoakan urusan hubungan mereka agar dipermudahkan bagi fasa seterusnya.

"Mohon doa dan kasih sayang kalian untuk permudahkan urusan kami di peringkat seterusnya," kongsinya lagi.

Meninjau ruangan komen entri tersebut, rata-rata pengikut Azzam termasuk beberapa rakan industri mengucapkan tahniah kepadanya.

A post shared by Azzam Sham (@azzam_sham)


Dalam perkembangan lain, saksikan Azzam yang berperanan sebagai salah seorang juri dalam All Together Now Malaysia (ATNMY) setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria.

ATNMY juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

#Tunang #Sheryl Shazwanie #Azzam Sham