,
All Together Now 2022

ATNM2: Tuah Markah 96, Nadeera Mara Ke Final Bersama Ranisha, Penyanyi Berkumpulan Dapat 2 Markah, Ini Recap Minggu Pertama

Syafiqah Jalal
11/12/2022
23:00 MYT
Program nyanyian, All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) membuka tirai dengan persaingan sengit daripada 20 orang peserta di konsert minggu pertama, malam tadi.
Seramai 50 juri termasuk kapten baharu pada musim kali ini bersama Datuk Syafinaz Selamat telah menyaksikan serta memikul tanggungjawab memilih peserta yang berjaya menambat hati mereka.
Peserta, Ranisha berjaya mara ke peringkat akhir bersama Nadeera meskipun pada mulanya mereka mendapat markah seri iaitu masing-masing 96 markah
Terdahulu, Nadeera terpaksa melalui pusingan Sing Off bersama Faris selepas mendapat markah tertinggi iaitu sekali lagi 96 markah mengalahkan Faris yang ketika itu hanya mendapat 66 markah.
Berikut senarai markah penuh serta komen juri untuk semua peserta bagi minggu pertama:
#1 Nadeera, 96 markah
Lagu: Cinta (Marsha Milan)
Komen juri, Marsha Milan : Ya, saya orang pertama bangun. Saya suka sebab bukan senang orang nak menyanyi lagu ini kerana kalau awak tak boleh menyanyi memang tak jadi
#2 Asni Emlan, 60 markah
Lagu: Madah Berhelah (Ziana Zain)
Komen juri, Syafinaz :Suara awak sedap bila awak menyanyi lagu Ziana Zain tak macam bunyi Ziana cuma bila nervous tu awak tak dapat menyanyi dengan baik sebab tu saya tak berdiri
#3 Hasya Roslan, 80 markah
Lagu: Zona Nyaman (Fourtwnty)
Komen juri, Syafinaz: Saya rasa awak memang have a lot of fun, suara awak besar bila bercakap tapi bila menyanyi jadi penyek. Saya tak cakap tak sedap tapi cara awak menyanyi itu macam kereta bila tekan minyak awak bawa lagu tu tak tau mana nak pergi.
#4 Farah Juliana , 28 markah
Lagu: I Will Always Love You (Whitney Houstan)
Komen juri, Syafinaz: Umur 14 tahun dengan keyakinan sebegitu saya rasa sesuatu yang kita suka dan luar biasa tapi dari teknik nyanyian banyak lagi usaha yang perlu diusahakan
#5 Daniel, 52 markah
Lagu: 1000 Tahun Lamanya (Tulus)
Komen Juri, Daniel Zani: awak menyanyi macam lagu asal tiada kelainan. Lagi satu kalau boleh jangan terlalu rilek sangat ketika menyanyi
#6 Cent2ry , 2 Markah
Lagu : Equal Monsters (Cent2ry)
Komen juri, Syafinaz - kita menghargai usaha awak semua. Kita tahun awak semua nak tunjuk bakat menyanyi tapi keyakinan tinggi sagaja tak cukup. Saya rasa baik kamu semua ambil kelas nyanyian
#7 Hani, 46 markah
Lagu: Total Eclipse Of The Heart (Bonnie Tyler)
Komen juri, Syafinaz: Awak tak payah nyanyi awak bercakap je dah seksi. Saya rasa awak kena banyak menyanyi untuk banyak Latihan sebab mungkin awak kata tadi dah lama tak menyanyi kena praktis
#8 Philip Martin, 24 markah
Lagu: Sejati (Awie)
Komen juri, Kelly : Saya bangun ni sebab saya rasa awak seorang penghibur tapi nyanyian kamu hauk (teruk)
Syafinaz: Saya tak setuju dengan Kelly, nyanyian kamu okey, tapi persembahannya tak sampai sebab menyanyi tengok bawah ada di dunia awang awangan
#9 Mohamad Zuhairi, 14 markah
Lagu : Taman Rashidah utama (Wings)
Komen juri, Datuk Aznil Hj Nawawi: Awak kata tak pernah menyanyi lagu ni ke? Saya rasa awak salah perkiraan ni
#10 Fariz Ghazali, 90 markah
Lagu : Hakikat Sebuah Cinta (iklim)
Komen juri, Liza Hanim: Pada saya awak sampaikan persembahan ini dengan naturally..Sedap tak perlu try hard. Nampak bakat awak tu
#11 Wak Dan – Syed Iskandar 34 markah
Lagu : Segalanya Ku Terima (Ilusi)
Komen juri, Syafinaz: saya rasa mesti awk kecewa note pertama dah tak sampai, nasihat saya kalau tahu tak lepas turunkan sedikit ‘key’.
#12 Kamelia Shermain, 88 markah
Lagu: Bila Entah (Aisyah Aziz)
Komen juri, Adline Tsen : Seronok sebab saya memang tunggu genre Jazz, boleh bawa R&B macam ni saya suka
Syafinaz: Saya rasa awak terlalu banyak buat improvised itu yang ada kurang sedikit. Tapi saya rasa awak ada banyak potensi dan style yang boleh diketengahkan
#13 Ebba Khan, 38 markah
Lagu : Easy On Me (Adele)
Komen juri, Ajai: Saya rasa level awak ni bukan tak pandai nyanyi. Cuma tak pandai feeling untuk sedapkan sahaja
#14 Farah, 88 markah (tak dapat duduk podium kapten pilih kamelia kerana markah seri)
Lagu: Amboi (Altimet)
Komen jurI, Syafinaz : Saya suka awak punya attitude, saya kena memilih sama ada anda atau kamelia. Saya terpaksa buat keputusan ini. Jadi saya memiih Kamelia. Awak buat baik tapi ini bukan hari awak.
#15 Ranisha, 96 markah (seri dengan Nadeera tetapi kapten juri pilih Ranisha tempat pertama di podium)
Lagu: And I Am Telling You (Jennifer Hudson)
Komen juri, Ernie Zakri: She is a powerful singer! Terkejut tengok dia bawakan lagu tu
Syafinaz: Saya bukan pilih kasih saya tak kisah siapa awak, saya dengar dari aspek nyanyian yang baik. Nadeera duduk dari awal show, happy to say Ranisha in the 1st poduium, Nadeera bagus tapi dia terpaksa pusingan Sing Off.
#16 Nurul Shyafira, 22 markah
Lagu: Lelaki Buaya Darat (Ratu)
Komen juri, Neeta Manis : Saya enjoy awak punya attitude among today nice to have you
#17 Rosdiana, 18 markah
Lagu: Karena Ku Sanggup (Agnes Monica)
Komen juri, Jaclyn Victor – head voice tak smooh tapi you did very welll
#18 Hisham, 16 markah
Lagu : Ni Hao Ma (Khalifah)
Komen juri, Ajai: Bukan sebab kami tak pernah dengar lagu ini sebab semua lagi ada doremi itu Cuma saya rasa kamu menyanyi bukan taka da ‘rumah’ tapi salah ‘rumah.
#19 Najmi, 34 markah
Lagu: Leave The Door Open (Bruno Mars)
Komen juri, Syafinaz- Syaa rasa kalau awak hendak menyanyi suka-suka boleh kot tapi kalau untuk karier kena belajar banyak lagi.
#20 Rizan, 34 markah
Lagu : Pantun Budi (S.M Salim)
Komen juri, Syafinaz: masa mula masuk menyanyi ok, tapi lama lama pada second line dah lari lah.
Pada pusingan Sing off atau Battle, Nadeera mendapat markah 96 berjaya tewaskan Faris yang hanya terima 66 markah sekaligus membuatkan Nadeera berpeluang ke peringkat akhir bersama Ranisha.
ATNM2 mempersembahkan barisan juri yang popular dan terkenal dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi.
Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu.
Manakala pengacara bubbly dan bertenaga, Sherry Alhadad kembali untuk mengemudi ATNM2.
Saksikan All Together Now Malaysia 2 yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria serta strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Mya Herry Takkan Lupa Momen Manis Sertai D’Academy Asia 6, Tampil Lagu Galau Putus Cinta!

gempak
21/10/2023
12:14 MYT
Tuah orang kita tak tahu...
Laman Utama

“Lazarul Kecundang Kerana…”- Akui Finalis ATNM2 Terbaik, Syafinaz Puas Hati Dengan Pemilihan Juri

gempak
08/02/2023
08:49 MYT
Syafinaz Puas Hati Dengan Pemilihan Juri
Laman Utama

“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

gempak
06/02/2023
12:45 MYT
Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua
Laman Utama

Final ATNM2: Markah Paling Rendah 10, Juri Terpaksa Undi Untuk Markah Seri- Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri

gempak
06/02/2023
00:06 MYT
Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri ATNM2 Final!
Laman Utama

ATNM2: Busker Menangis Dinobat Juara, Kaut RM50,000 - "Saya Memang Dah Lama Nak ..."

gempak
05/02/2023
15:26 MYT
Busker Dinobatkan Juara ATNM2!