Skip to main content

Selebriti

Amyza Aznan & Anak Ditaja Ke Umrah, Anggap Rezeki Yang Tak Disangka - "Adrian Memang Teringin Sangat Nak Pergi Sana"

Bakar isteri

Sekilas

  • Amyza Aznan dan anak keduanya, Adrian Adam, akhirnya dapat menunaikan umrah selepas menerima tajaan daripada seorang individu prihatin.
  • Tajaan itu datang selepas seorang jurusolek berkongsi impian mereka di media sosial, yang kemudian menarik perhatian pemilik syarikat pelancongan.
  • Adrian, yang mempunyai masalah kesihatan, sudah lama berhasrat untuk berdoa di Tanah Suci dan impian itu kini menjadi kenyataan.
Advertisement

Pelakon Amyza Aznan, 50, dan anak keduanya, Adrian Adam, 18, meluahkan rasa syukur apabila impian mereka untuk menunaikan ibadah umrah akhirnya menjadi kenyataan selepas menerima tajaan daripada seorang individu prihatin.

Amyza berkata, berita gembira itu hadir pada waktu yang cukup bermakna buat mereka sekeluarga, sekali gus disifatkan sebagai rezeki dan anugerah besar yang tidak disangka-sangka.

Advertisement

"Ini berita manis sempena Hari Raya Haji. Hadiah ini rasanya lebih mahal daripada yang lain," katanya kepada BH Online.

Menurut Amyza, undangan menunaikan umrah itu ditawarkan oleh pemilik sebuah syarikat pelancongan semalam, selepas beliau terbaca hantaran seorang jurusolek di media sosial mengenai impian Amyza dan anaknya.

Katanya, individu berkenaan tersentuh dan menyimpan hasrat untuk menjadi asbab merealisasikan impian mereka ke Tanah Suci.

Advertisement

Amyza berkata, anaknya sudah lama menyimpan hasrat untuk ke Makkah, terutama selepas didiagnos dengan masalah kesihatan sebelum ini.

"Adrian memang teringin sangat nak pergi umrah. Dia pernah cakap perkara itu ketika awal dia didiagnos, dia nak berdoa di sana.

"Tapi dia tak pernah kongsi di media sosial, hanya dalam kalangan keluarga sahaja," katanya.

Tambahnya, jurusolek berkenaan dipercayai menyedari keinginan itu selepas melihat Adrian menunaikan solat di rumahnya sebelum perkara itu sampai kepada pengetahuan pemilik syarikat pelancongan.

"Saya tak tahu bagaimana dia dapat 'instinct' itu. Mungkin selepas melihat Adrian solat di rumahnya," katanya.

Amyza berkata, selepas video dan kapsyen berkaitan dikongsi, hati individu berkenaan terbuka untuk menaja perjalanan mereka ke Tanah Suci.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

Dr Scholl's Heavy Duty Support Insole Shoe Inserts | Extra Support | Massaging | Plantar Fasciitis | Heel | Stabilizing

Dr Scholl's Heavy Duty Support Insole Shoe Inserts | Extra Support | Massaging | Plantar Fasciitis | Heel | Stabilizing

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

🦄 3 Days Offer🦄(Cake Skirt) - Dua Lapisan Kain -Tebal & Legap Thick & Opague for 45kg-97kg Skirts for Women Wanita

🦄 3 Days Offer🦄(Cake Skirt) - Dua Lapisan Kain -Tebal & Legap Thick & Opague for 45kg-97kg Skirts for Women Wanita

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

L'Occitane Shea Hand Cream 75ml

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

ZANZEA Women Chinese Style Vintage Fashion V-Neck Printed Flared Sleeves Tied Blouse

ZANZEA Women Chinese Style Vintage Fashion V-Neck Printed Flared Sleeves Tied Blouse

Must Watch Video

Advertisement