Pelakon Azad Jazmin meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggodam akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri di IG miliknya, Azad berharap individu tersebut berhenti daripada melakukan perbuatan itu kerana ia akan mencemarkan namanya sebagai seorang selebriti.

"Nampaknya IG saya kena hack. Tolonglah, saya buat IG ini khas untuk keluarga dan hendak bergurau senda dengan peminat.

"Tolonglah jangan hack IG saya. Dah la hack hampa pergi maki menteri ini mencarut sini sana. Janganlah macam tu.

"Itu bukan perkara yang bagus. Hormatilah selebriti di Malaysia kerana dengan media sosial kami boleh dekati dengan anda.

Saya tak mintak banyak.. satu saja saya Pohon plz don’t hack my ig please... Assalamualaikum N Salam maghrib ...

A post shared by Pak Azad (@azadsyazirarose) on


"Saya harap semua peminat dan hackers yang tidak bertanggungjawab tolong cari kerja lain, jual roti canai pun tak apa. Allah marah," ujarnya.

Rata-rata berharap agar Azad lebih berhati-hati selepas ini dan sering menukar kata laluan di IG miliknya.