Penyanyi dan penyampai radio Zayan, Raqib Majid mengakui penyanyi Tasha Manshahar mempunyai segalanya yang tidak ada pada perempuan lain.

Menurut Raqib, dia berkata keluarganya amat menyenangi dan gembira dengan kedatangan Tasha.

"Banyak sebenarnya perkara yang perempuan lain tak ada tetapi ada dalam diri Tasha.

"Apa yang saya tahu, Tasha adalah seorang perempuan yang solehah dan yang paling penting, dia pandai mengambil hati keluarga saya.

"Bila nak berkahwin, bukan setakat diri kita sahaja yang berkahwin malah keluarga turut sekali.

"Apabila keluarga saya gembira dengan dia, saya yakin Tasha adalah pilihan yang tepat," katanya kepada Gempak.

Raqib dan Tasha telah mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 setelah kira-kira dua tahun berkenalan.