Penyanyi remaja, Ben Ladin, 17, bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Peperiksaan itu akan bermula bulan ini pada 13 haribulan dan akan berakhir pada 13 Disember.

Menurut Ben, dia sedang berusaha untuk mendapatkan keputusan cemerlang namun dia tidak mahu berasa tertekan dan cuba mengulang kaji dengan cara yang lebih santai.

"Saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

"Dalam pada itu, saya selalu mengingatkan diri saya agar tidak terlalu memikirkan tentang keputusan, apa yang penting saya sudah berusaha.

"Saya lebih selesa mengulang kaji dalam keadaan yang lebih santai supaya saya tidak stress, saya tak suka beri tekanan pada diri sendiri," kata Ben kepada Gempak.

Ben telah mengikuti pembelajaran di rumah atau 'home school' sejak dia berusia 13 tahun.

Single Hikayat Benladin telah menerima 16 juta tontonan di YouTube selepas 3 bulan dilancarkan, lagu ini digemari ramai terutamanya golongan remaja.