Pelakon dan pengacara Qi Razali mengakui dia mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Nia Atasha Rosli tetapi bukan dalam masa terdekat.

Pemilik nama Qushairi Mohammed Razali, 42, ini mahu Nia memberikan fokus terhadap kerjanya sebagai pengacara dan wartawan penyiaran program hiburan HLive.

"Saya ada rancang untuk berkahwin tetapi bukan dalam masa terdekat atau bukan dalam tahun ini. Perancangan itu memang ada tapi saya sendiri tak berani nak cakap bilakah waktunya.

"Nia baru sahaja memulakan kerjayanya dalam bidang seni dan dia juga masih muda. Saya memberinya peluang untuk mengejar impian dan bekerja dahulu.

"Dalam masa terdekat, banyak perkara yang Nia boleh 'explore' dalam bidang seni... Saya sendiri mempunyai beberapa perkara yang harus diselesaikan.

"Saya sendiri berbangga dengan Nia kerana di usia 22 tahun, dia boleh membawa diri dengan baik dalam dunia hiburan dan Nia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya," kata Qi.

Qi ditemui di majlis pelancaran muzik video lagu Sumpah nyanyian Aina Abdul baru-baru ini.

Salam Maghrib? Thank you @qirazali0808 for your help and guidance! . #sumpahainaabdul . Video by @themalayatv Styled by @abushaefhamza Makeup by @sahirsabri #sumpahainaabdul #soon #march #single #roadtoajl34 #malaysianviral #viral

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on


Terlibat dalam muzik video ini sebagai pelakon, Qi kagum dengan kebolehan yang ada dalam diri Aina.

"Ketika menerima tawaran ini, saya bersetuju kerana Aina mempunyai kualiti kerja yang baik dalam bidang muzik.

"Walaupun dia masih baru, Aina mempunyai potensi besar dalam bidang nyanyian jika dia pandai menggilap bakatnya," katanya lagi.