Tak Mahu Ada Salah Faham, Whulandry Herman ‘Minta Restu’ Isteri Aiman Hakim Ridza Sebelum Penggambaran Bad Cop
Pelakon Indonesia, Whulandry Herman mengambil pendekatan untuk meminta izin pelakon Zahirah Macwilson sebelum memulakan penggambaran drama Bad Cop bersama aktor, Aiman Hakim Ridza.
“Apa yang paling sukar untuk lakukan untuk watak ini, banyak babak dengan Aiman dan ada beberap yang sangat rapat, malu dan segan dengan Aiman sebab saya kenal isteri Aiman, saya minta izin pada Zahirah dengan mesej di Instagram untuk berlakon dengan suami dia.
“Untuk wujudkan rasa selesa dengan seorang orang.Kemudian, kami dan anak-anak saling berkawan. Aneh jika kalau tidak maklumkan apa-apa, contohnya mungkin ada babak yang memerlukan saya memegang tangan suami dia atau menatap penuh rasa cinta.
Jelasnya, ia sudah menjadi satu kebiasaan buatnya sejak memulakan karier sebagai pelakon di Indonesia.
“Saya memang buat sejak dulu, dulu berlakon di Jakarta juga lakukan hal sama. Itu cara saya hormat dan beradab bila nak berlakon dengan suami orang,” tambahnya.