Pelakon Fatin Afeefa didakwa sekali lagi menjalinkan hubungan semula dengan lelaki yang sama berstatus suami orang.

Ia didedahkan sendiri oleh isteri kepada lelaki tersebut yang menggelarkan dirinya sebagai Mag.

Mag menerusi akaun Twitter miliknya telah memuat naik status kecewa terhadap Fatin.



Tahun lalu, nama Fatin Afeefa pernah dikaitkan dengan kontroversi menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.

Perkara itu tercetus apabila terdapat netizen yang menemui foto panasnya bersama lelaki berkenaan.

Malah kenyataan itu diperkukuh lagi apabila Mag mendeahkan hubungan sulit mereka serta berang dengan apa yang berlaku.

Selepas apa yang berlaku, Fatin berjanji tidak akan melakukannya lagi tetapi lain pula jadinya kini.

Fatin merupakan ibu tunggal kepda dua orang anak.

Terdahulu dia pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada Disember 2013 dan bercerai pada 2017.