Siapa sangka, imej berbaju kurung dan bertudung sambil menyampaikan bait-bait lagu rap telah membuka mata ramai pihak termasuk negara luar.

Malah penyanyi rap berusia 19 tahun ini, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani ini berjaya menempatkan namanya di artikel The New York Times dan sebuah video daripada Bloomberg yang disiarkan pada hari ini (Rabu).

Menerusi artikel dan video berkenaan, Bunga ditonjolkan sebagai antara rapper baru yang telah memberi inspirasi kepada generasi muda yang turut berhijab.

Malah penampilan Bunga yang berbaju kurung dan sentiasa tampil sopan turut dipandang tinggi, sekali gus menjadikan gadis ini lebih unik.

Turut ditayangkan adalah persembahan Bunga ketika program 16 Baris yang menampilkan bakat rapper baru di Malaysia.

Anda boleh lihat video Bloomberg ini di bawah:

Apapun, tahniah diucapkan kepada Bunga kerana berjaya membawa imej bersih Malaysia di mata dunia!