Penyanyi dan pelakon, Fatin Afeefa meletakkan noktah terhadap isu yang sering mengaitkan dirinya kembali bercinta dengan suami orang sejak kebelakangan ini.

Menurut Fatin, dia tidak mahu menghiraukan isu terbabit kerana menganggap ia tidak berkaitan dengan dirinya.

“Tiada apa lagi yang perlu dibangkitkan mengenai isu ini, ia tiada kena mengena dengan saya.

“Saya rasa eloklah saya berdiam diri, orang yang menyebarkan cerita buruk mengenai saya tidak wajar diberi perhatian.

“Ini adalah penjelasan terakhir saya, semoga perkara ini tidak dibangkitkan lagi selepas ini,” ujarnya.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Mag telah memuat naik foto paparan skrin yang dakwanya memaparkan perbualan Fatin dengan suaminya menerusi laman Twitter.

Wanita terbabit mendakwa Fatin masih lagi tidak serik mengganggu suaminya meskipun sudah meminta maaf.

Dalam pada itu, Fatin yang mula dikenali menerusi filem Tentang Bulan ini menambah, dia lebih selesa untuk menyisihkan isu tersebut kerana mahu menumpulan perhatian sepenuhnya pada kerjaya.

“Saya tak mahu fikir perkara remeh sebegitu, banyak lagi perkara dan urusan yang lebih penting.

“Eloklah jika saya menumpukan lebih perhatian pada kerjaya memandangkan jadual saya semakin padat selepas ini,” tambahnya.

Fatin ditemui di majlis pelancaran single terbarunya yang berjudul Satu Jam Saja bertempat di Petaling Jaya sebentar tadi.

Satu Jam Sahaja merupakan sebuah karya Yeshua Abraham yang juga merupakan juara rancangan realiti T Just Duet dari NET TV Indonesia dan ia digubah oleh syarikat produksi AMP Music.

​Ia akan berada di di semua platform streaming popular diikuti muzik video rasminya yang akan ditayangkan di YouTube Fatin Afeefa bermula hari ini.