Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad bakal menggantikan Nabil Ahmad untuk mengemudikan program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersama Nabila Huda.

Menurut Sherry hal tersebut berlaku kerana Nabil dan Nabila dilihat kurang serasi ketika digandingkan bersama.

“Pada pendapat saya kerana nama mereka begitu sama Nabila Huda dan Nabil Ahmad, keserasian mereka mengalami gegaran,” ujarnya.

Bagaimanapun jangan cepat melatah kerana itu hanya gurauan spontan dan lucu Sherry untuk mengenakan Nabil.

“Dorang tak boleh serasi jadi saya sarankan kita buang Nabil dan kita ambil Sherry dan Nabila Huda, kan serasi, gabungan itu sangat bagus,” katanya menerusi satu video yang dirakamkan oleh program Ria X.

Jangan lupa saksikan gandingan meletup Sherry dan Nabila di MLS yang bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Terdahulu, Nabil tidak dapat mengacarakan MLS kerana mengemudikan konsert akhir Ceria Megastar Ministar yang berlangsung pada hari yang sama.

Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:

1. Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2. Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com