HIBURAN
Kongsi Foto & Ucapan Tahniah, Netizen Baru Tahu Hubungan Didie Alias Dengan Sir Uzairi - “What A Plot Twist”
Perkongsian pelakon dan pengacara Didie Alias menerusi akaun TikTok memperlihatkan dia memberi ucapan kepada guru tuisyen terkenal, Sir Uzairi Taib menarik perhatian netizen.
Luah rasa syukur
Menerusi perkongsian itu, Didie meluahkan rasa syukur apabila anak saudaranya selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan pada Sabtu lalu.
“Alhamdullillah selesai dah. Tahniah Anak buahku @uzairitaib dan berpunya.
“Makcik doakan semoga Ayie diberi kebahagiaan bersama Aina hingga ke hujung nyawa,” kongsinya.
Apa yang menarik perhatian netizen apabila rata-rata mereka baru mengetahui hubungan antara Didie dengan Sir Uzairi.
Wajah sama
Malah, ada juga segelintir mereka menyedari wajah ibu Sir Uzairi sama dengan Didie.
ARTIKEL BERKAITAN: Sir Uzairi Sah Bergelar Suami Kepada Aina Adleen Dengan Sekali Lafaz
“Patutlah Sir Uzairi ni kelakar, anak buah Didie Alias rupanya. Dengar dia mengajar kelakar tapi masuk dalam kepala anak saya. Selamat pengantin baru Sir Uzairi & isteri.
“Ada baca komen dalam satu video tadi kata ibu Sir Uzairi macam muka Didie… bila tengok video ni baru tahu mereka adik beradik. Memang patut serupa diorang.
“Anak mummy pun pandai-pandai, rupanye anak-anak buah pun pandai. Genetik confirmed,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Sir Uzairi sah bergelar suami kepada Aina Adleen dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada Sabtu.
Must-Watch Video