Bintang Big Stage 2019, Kucaimars atau Amirul Husyairi Nani memilih finalis Dewi Remaja 2019, Nina Amin untuk berganding dalam muzik video terbaharunya, Khayalan.

Walaupun gagal ke Konsert Akhir Big Stage 2019, namun pengalaman Kucaimars bertanding di pentas berprestij itu ternyata berbaloi apabila single keduanya itu mendapat sambutan positif peminat sejak diperdengarkan pada 24 September lalu.

Menerusi video lirik rasmi Khayalan yang dimuatnaik di saluran Youtube Rocketfuel Network yang sehingga kini berjaya mencapai lebih 362,000 tontonan.

Single terbaharu Kucaimars selepas Jawab itu merupakan ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Romeo dan Ezra Kong.

Khayalan merupakan hasil kerjasama antara Rocketfuel Entertainment dan Warner Music Malaysia.

Muzik video Khayalan telah dilancarkan sejak jam 8.00 malam semalam di saluran YouTube Warner Music Malaysia.

Khayalan boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 4 Oktober 2019.