gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tiga Tahun Tak Keluar Rumah, Lelaki Murung Selepas Kematian Ahli Keluarga
HIBURAN
"Energi Penonton Luar Biasa, Saya Sendiri Tak Tertampung"
GAYA HIDUP
Diana Danielle Pilih Memanah Untuk Anak, Dilantik Wajah Ikon Muezza Archery Proshop - "Saya Tertarik Dengan Konsep..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Diana Danielle Pilih Memanah Untuk Anak, Dilantik Wajah Ikon Muezza Archery Proshop - "Saya Tertarik Dengan Konsep..."

Gempak
Gempak
01/07/2025
14:54 MYT
Sponsor Banner
Diana Danielle Pilih Memanah Untuk Anak, Dilantik Wajah Ikon Muezza Archery Proshop - "Saya Tertarik Dengan Konsep..."
Aktres dan ibu kepada dua cahaya mata, Diana Danielle, kini menggalas peranan baharu sebagai wajah ikon kepada jenama tempatan Muezza Archery Proshop, yang baru sahaja melancarkan cawangan pertamanya di Seksyen 13, Shah Alam.
Dalam majlis pelancaran itu, Diana bukan sekadar hadir sebagai tetamu selebriti, malah berkongsi bagaimana beliau mula menyokong sukan memanah, bukan sahaja sebagai aktiviti kecergasan, tetapi juga sebagai salah satu cara untuk membentuk fokus, disiplin dan hubungan kekeluargaan yang sihat.
“Saya tertarik dengan konsep Muezza yang bukan sekadar menjual peralatan memanah, tetapi membina komuniti dan ruang untuk seisi keluarga berkembang bersama. Anak saya juga kini mengikuti latihan khas di bawah program mereka,” kongsi Diana.
Pelantikan Diana sebagai duta jenama hadir seiring dengan pelancaran Muezza Archery Proshop, kedai memanah moden milik bumiputera pertama di Malaysia yang menampilkan jenama antarabangsa seperti Wiawis dan MK Archery Korea. Proshop ini turut berfungsi sebagai pusat sehenti yang menawarkan kelas latihan, servis membaiki peralatan, hingga program pembangunan atletik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Muezza, Anas Izuan Azmi, pemilihan Diana bukan sekadar atas dasar populariti.
“Diana adalah contoh gaya hidup aktif dan positif yang kami mahu tonjolkan. Dia bukan hanya menyokong dari jauh, tetapi benar-benar melibatkan diri sebagai ibu, individu aktif dan ikon yang dekat dengan masyarakat,” kata Anas.
Majlis turut menyaksikan pemeterian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Muezza dan MK Archery Korea, membuka kerjasama strategik dalam pembangunan fasiliti dan latihan bertaraf antarabangsa. Inisiatif ini menyokong misi Muezza untuk memperkukuh sukan memanah di Malaysia, dari peringkat asas hingga profesional.
Diana turut menyuarakan harapan agar lebih ramai ibu bapa dan remaja membuka mata terhadap manfaat sukan ini.
“Kita sering cari aktiviti yang boleh kukuhkan fokus, kawalan emosi dan semangat kendiri – memanah ada semua itu. Malah ia sesuai untuk anak-anak zaman digital hari ini,” tambahnya.
Dengan lebih 84 cawangan latihan aktif di seluruh negara dan lebih 5,000 pelajar, Muezza merancang membuka dua lagi cawangan Proshop di bahagian utara dan selatan Malaysia dalam masa terdekat, selain melancarkan platform e-dagang untuk memudahkan akses pembelian dan tempahan servis secara dalam talian.
Topic Berkaitan
#Diana Danielle
#Memanah
#Kedai
#Flagship
#Bumiputera
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement