Model terkenal Zam Osman mengakui dia seorang yang pandai mengenakan solekan pada wajahnya.

Begitupun, katanya, kemahiran yang dimiliki itu hanyalah dalam menata rias menggunakan alat solek asas sahaja.

Justeru, katanya, dia tidak mempunyai masalah sekiranya perlu mengenakan solekan asas sendiri bagi kegunaan harian.

Semua itu dikongsikan penyandang Naib Juara Gentleman of The World tersebut secara eksklusif menerusi Gempak TV yang akan disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) malam ini.

Selain Zam, tetamu lain yang memeriahkan set Gempak TV malam ini termasuklah pemenang Mister Tourism World 2019, Danial Hansen.

Kedua-duanya akan turut berkongsi cerita mengenai perjalanan mereka selepas memenangi pertandingan male pageant yang disertainya.

Dalam pada itu, penyanyi Aina Abdul juga membuat persembahan khas secara akustik dengan lagu hitnya, Sumpah.



Justeru, bagi mengetahui lebih lanjut cerita mereka, jangan lupa saksikan Gempak TV yang dikendalikan pengacara, Isha Norsham dan Daniel O’Niel pada pukul 11 malam ini.

Gempak TV juga boleh ditonton secara live streaming menerusi www.gempak.com.