Usahawan kosmetik, Nur Sajat memberi gambaran bahawa dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang model.

Sajat berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik bersama seorang lelaki di Instagram miliknya.

Lelaki yang berasal daripada Beirut, Lubnan itu dikenali sebagai Jad Issa.

"Terima kasih kerana sentiasa membuat saya tersenyum @jadooss," tulisnya sebagai kapsyen.

THERE IS ALWAYS A REASON TO SMILE. @nursajat23 ♥️

A post shared by Jad issa ? جاد عيسى (@jadooss) on


Status itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Walau bagaimanapun, jurulatih kesihatan, Coach Yin meluahkan rasa sedih kerana merasakan telah ditipu.



"Tuhan nak tunjuk sekejap je. Patut lah kat Paris 6 hari 6 malam dia diam.

"Bila hantar whatsApp hanya baca. Rupa-rupanya permainan dia.

"Selama ini hidupku ditipu takpelah. Bila ditanya katanya tak kenal siapa.

"Biar dia gembira dengan kehidupan dia, doakan yang baik-baik saja.

"Biasalah mula-mula bercinta, bau kentut pun kata bau macam perfume Chanel.

"What you give you get back. Sekarang saya pun dah ada kehidupan saya. Walaupun solo saya bahagia," tulisnya di IG.

Tuhan nk tunjuk sekejap je.patut lah kt Paris 6hari 6mlm dia diam.bila sent wssp just read.ni rupa rupanya permainan dia...selama ni hidup ku ditipu.xpe lah.bila di tanya katanye xkenal siapa2.tuhan nk tunjuk sekejap shj.xpe lah. Biar dia happy dgn live dia,doakan yang baik2 shj.biasa lah mula2 bercinta,baun kentut pun kata baun mcm perfium Channal ?..what you give you get back..?.skrg ,sy pun dah ad live sy.walaupun single sy bahagia dgn live sy skrg,,,???

A post shared by Coachyin (@coach_yin) on


Terdahulu, Sajat memuat naik beberapa kenyataan di ruangan IG Story dan memberitahu seluruh badannya lebam akibat dipukul oleh seseorang.

BACA: “Orang Tak Pukul Kalau Tanpa Sebab, Tapi Dah Mulut Kau Macam Kim*k!” – Coach Yin Pukul Sajat? Betul Atau Drama?