gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Qasrina Karim Komited Hidupkan Jiwa Radwa - “Watak Ini Buat Saya Banyak…”
HIBURAN
Universe Gateway Ambil Iktibar, Janji Konsert Rabbani Lebih Terurus - “Kami Tak Pernah Lari…”
HIBURAN
Nathalie Holscher Hilang Job, Cosplay Jadi Wanita Hamil Sindir Erika Carlina
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Scha Nuril Tak Serik Bertanding Tapi Nak ‘Pause’ Dahulu - “Masuk Pertandingan Ni Memang Penat..”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
28/07/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Raise The Star Malaysia: Scha Nuril Tak Serik Bertanding Tapi Nak ‘Pause’ Dahulu - “Masuk Pertandingan Ni Memang Penat..”

Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Scha Nuril menerima dengan hati terbuka apabila diumumkan sebagai salah seorang peserta yang tersingkir di pentas suku akhir pada Ahad.

Menurut Scha, walaupun sedikit kecewa disebabkan kesilapan yang berlaku semasa persembahan, dia tetap berpuas hati kerana sudah memberikan yang terbaik di atas pentas.
“Saya agak kecewa dengan kesilapan yang saya buat tapi masih berpuas hati dengan hasil yang saya berikan. Tapi saya tak kecea disingkirkan.
“Sebab kita tahu memang ada mistake, semua orang hebat malam ini dan juri mencari siapa yang buat silap untuk disingkirkan dan malam ini orang itu adalah saya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Scha tidak menolak untuk mencuba lagi menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.
Bagaimanapun, Scha berehat buat seketika dan memberi fokus kepada satu naskah lagu yang boleh mengangkat namanya dalam industri seni suara.
“Masuk pertandingan ni memang penat sebab setiap minggu kita kena perah otak, kena menekan. Penat tahu preparation tapi benda tu sebenarnya fun, sebab kita buat sesuatu yang kita suka.
“Next time kalau rasa nak masuk pertandingan lagi, why not? Tapi buat masa sekarang, tak lah kot.Daripada saya terus masuk pertandingan je, lebih baik saya cari satu lagu yang boleh bawa saya ke depan.

“Orang pun akan penat kalau asyik tengok kita masuk pertandingan tapi kalah je. Jadi mungkin sekarang masa untuk berehat dan beri peluang kepada orang lain dulu,” tambahnya.

Menyampaikan lagu Emas nyanyian asal Nadeera Zaini, Scha Nuril berjaya memperoleh 41.24 peratus markah keseluruhan.Selain Scha, turut tersingkir di minggu suku akhir adalah Max Brandon, Darling dan Melinda Dadew.
Topic Berkaitan
#Raise The Star Malaysia
#Scha Nuril
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement