Selepas mencatatkan sebanyak 673 kes COVID-19, Malaysia terpaksa akur apabila merekodkan dua kematian hari ini.

Menerusi laporan Astro Awani, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, mangsa pertama ialah seorang jemaah yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling pada hujung Februari lalu.

"Mangsa berusia 34 tahun dan telah menghidap demam mulai 5 Mac lalu. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru," katanya.

Menurutnya lagi, mangsa kedua yang meninggal dunia akibat wabak itu ialah seorang paderi dari Kuching, Sarawak.

"Mendiang berusia 60 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kronik," katanya.
Takziah Gempak ucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: Astro Awani