Pelakon Shah Iskandar menarik perhatian netizen malam tadi apabila berkongsi kepada umum apabila mewar-warkan penjualan kit ujian pengesanan COVID-19 di Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, Shah, 38, turut memaklumkan bahawa dia juga sudah menjalani ujian pengesanan status COVID-19 berkenaan.
"Saya negatif COVID-19! Alhamdulillah. Saya menjual kit ujian COVID-19 pada harga RM75. Buat tempahan sebelum Ahad ini dan penghantaran dilakukan selepas Selasa. Stok terhad. Lakukan pemeriksaan ke atas diri anda dengan mudah hanya di rumah," tulisnya pada satu posting di Instagram.
Bahkan, pelakon kelahiran Singapura itu turut menunjukkan cara-cara penggunaan menerusi sesi live di Instagram.
Bagaimanapun, tindakannya itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen.
Rata-rata mengkritik tindakan Shah yang menjual alat ujian pengesanan tersebut selain mempertikaikan perbuatannya yang dianggap melanggar undang-undang.
"Sesenang je test kit jual kat umum, kalau betul, lebih baik pergi hospital atau klinik yang jual kan.
"Harap tak ada yang beli sebab tak ada pengesahan daripada Kememterian Kesihatan Malaysia.
"Saya dah kemukakan perkara ini kepada pihak yang berkenaan. Nanti mereka akan mengambil tindakan," tulis sebahagian netizen,
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Shah memadam posting tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka secara live di Instagram.
"Disebabkan hal ini melibatkan sensitiviti dan dituduh mengambil kesempatan nak kaut keuntungan, saya dengan rendah diri memohon maaf.
"Terima kasih kerana menyedarkan benda itu tak sepatutnya dijual," katanya.
Dalam pada itu, orang ramai diminta terus mendapatkan pemeriksaan di hospital sekiranya menunjukkan simptom jangkitan COVID-19.
ZULHILMI JALIL
Sat Mar 21 2020
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.