Pengacara dan penyampai radio, Linda Onn mendedahkan dia mengalami serangan panik (panic disorder) sejak hari kelapan dikuarantin.

Jelas Linda, antara simptom yang dialaminya seperti jantung berdegup laju, sesak nafas dan hilang kawalan.

"Kalau perasan, sejak hari pertama hingga ketujuh, setiap hari Linda upload aktiviti Linda kuarantin di rumah. Niat hati nak update setiap hari.

"Tapi hari kelapan hingga ke-13 Linda tak update apa-apa. Sebab Linda kena Panic Disorder (lebih intense dari anxiety).

"Jantung berdegup laju, tangan dan kaki sejuk berpeluh, sesak nafas, perut bergelodak, mabuk, takut, nervous dan hilang kawalan. Akhirnya dada Linda sakit sangat.

"Jadi, Linda pergi jumpa psychiatrist dan terangkan satu persatu. Semua yang Linda terangkan ada dalam buku 'panic disorder' doktor tu. Doktor kata semua itu simptom panic disorder," kata Linda.

Situasi tu berlaku pada hari kelapan dikuarantin di rumah selepas pulang dari Singapura.

"Rasanya Linda kena panic attack sebab disuruh kuarantin lepas balik Singapura.

"Kemudian tiba-tiba selesema (waktu ni dah fikir bukan-bukan).

"Bila dah mula panik mulalah kita rasa kita sakit itu sakit ini. Lepas itu, ada orang suggest itu, suggest ini.

"WhatsApp yang masuk semua cerita pasal ni. Nak keluar rumah tak boleh. Nak cerita kat Zara, dia tak faham lagi.

"Fikiran pun jadi celaru. Nak nak musim Covid-19 ni. Semua sebab-sebab itu buat Linda fikir terlalu banyak, jadi risau gelisah.

"Hanya tenang sewaktu solat dan baca Quran je," tambahnya.

Sehubungan itu, Linda mengambil pendekatan untuk tidak mengambil tahu akan hal yang boleh mencetuskan lagi rasa panik.

"Sejak dari tu, Linda tak dengar atau tengok satu berita pun. Linda taknak amik tahu.

"Jadi tiada Facebook, Instagram, berita, WhatsApp dan televisyen.

"Tapi still...kena panic attack! Dan panic attack ni boleh serang bila-bila masa je tak payah ada benda trigger," ujarnya.

Panic disorder. Kalau perasan, sejak Day 1 - Day 7, setiap hari Linda upload aktiviti Linda kuarantin di rumah. Niat hati nak update setiap hari. Tapi Day 8 - Day 13, Linda tak update apa-apa. Sebabnya? Sebab Linda kena Panic Disorder (lebih intense dari anxiety). . Jantung berdegup laju. Tangan & kaki sejuk berpeluh. Sesak nafas. Perut bergelodak. Mabuk. Takut. Nervous. Loss control. Semua ni Linda dah bulatkan dalam gambar. Akhirnya dada Linda sakit sangat. So Linda pergi jumpa psychiatrist dan terangkan satu persatu. Semua yang Linda terangkan ada dalam buku "panic disorder" doktor tu. Doktor kata semua itu simptom panic disorder. Rasanya Linda kena panic attack sebab disuruh kuarantin lepas balik Spore..then tiba-tiba selsema (waktu ni dah fikir bukan2). Bila dah start panic mulalah kita rasa kita sakit itu..sakit ini. Then ada orang suggest itu, suggest ini. Whatsapp yang masuk semua cerita pasal ni. Nak keluar rumah tak boleh. Nak cerita kat Zara, dia tak faham lagi ?. Fikiran pun jadi celaru. Nak nak musim covid19 ni. Semua sebab-sebab diatas buat Linda fikir terlalu banyak, jadi risau gelisah. Hanya tenang sewaktu solat dan baca Quran je. Sejak dari tu, Linda tak dengar atau tengok satu berita pun. Linda taknak amik tahu. So no FB, no IG, no news, no whatsapp and no TV. Tapi still...kena panic attack! Dan panic attack ni boleh serang bila-bila masa je tak payah ada benda trigger. So hari ni, setelah seminggu Linda bergelut dengan panic disorder, baru lah Linda dapat bernafas sikit. Mungkin fikiran dah lebih positif. Tapi dada masih sakit sebab jantung kerja keras waktu kejadian. Dan hari ni juga hari pertama Linda kembali ke udara di radio. So, otak ni dah divert ke kerja, tak fikir sangat pasal perkara bukan2. Dan sejak malam tadi Linda dengar youtube - guided meditation for panic or anxiety attack. Dia ajar breathing technique dan macamana nak tenangkan diri. Sejak minggu lepas, semua benda tergendala. Nak buat minyak wangi yang orang order pun tak boleh. InshaAllah, lepas ni Linda akan kuatkan pemikiran. It is all in my mind and the way i handle it. Let's make more perfume! Ada sesiapa pernah kena macam Linda?

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on


Bagaimanapun, sejak kelmarin dia mula lega dan kembali bersiaran di Kool FM.

"Setelah seminggu Linda bergelut dengan panic disorder, barulah Linda dapat bernafas sikit.

"Mungkin fikiran dah lebih positif. Tapi dada masih sakit sebab jantung kerja keras waktu kejadian.

"Dan hari ni juga hari pertama Linda kembali ke udara di radio. So, otak ni dah divert ke kerja, tak fikir sangat pasal perkara bukan-bukan.

"Dan sejak malam tadi Linda dengar YouTube, belajar teknik bernafas dan cara nak tenangkan diri.

"Insha-Allah, lepas ni Linda akan kuatkan pemikiran," kata Linda lagi.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!